Search This Blog
Tuesday, 31 August 2021
Lagu Negara ๐ฒ๐พ
Thursday, 26 August 2021
Logo Negara untuk 31 Ogos
Author: Nur Firdaus
Bilakah pertama kali logo menyambut hari kemerdekaan diperkenalkan?
Buat pengetahuan semua, logo menyambut hari kemerdekaan pertama kali diperkenalkan pada tahun 1976 iaitu kira-kira 19 tahun selepas sambutan kemerdekaan diadakan.
Logo ini telah diperkenalkan oleh Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie yang juga merupakan Pengerusi Perayaan Hari Kebangsaan pada tahun tersebut.
Logo pertama ini bertemakan ketahanan rakyat dan direka oleh sekumpulan pensyarah dan penuntut Institut Teknologi Mara Shah Alam (kini namanya UiTM).
Setiap lambang atau simbol dalam logo itu membawa tafsiran dan maksud tersendiri. Misalnya dalam logo ketahanan rakyat,
1) Lima lembaga manusia dalam logo tersebut melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita-cita kemakmuran dan keselamatan negara.
2) Perkataan “KETAHANAN RAKYAT” yang juga merupakan tema logo tahun pertama itu ditulis melengkung di atas menjadikan reka bentuk ini bulat dan bertangkup melambangkan keteguhan negara.
3) Reka bentuk ini telah dibentuk berupa rebana ubi yang menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan.
4) Bulatan pula sebagai membendung perkataan ‘31 Ogos’ sebagai Hari Kebangsaan.
5) Lima lembaga manusia juga mencerminkan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi landasan kepada matlamat negara.
6) Warna yang digunakan pula ialah warna-warna daripada bendera Malaysia.
Kejayaan penciptaan logo pertama ini dalam menarik minat semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia menjadikan logo ini dibuat sistem pertandingan sebelum menjadi logo rasmi hari kemerdekaan. Perkara ini telah disarankan oleh Tan Sri Sanusi Junid selaku Pengerusi Hari Kebangsaan pada tahun 1988.
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mendapatkan ciptaan logo yang lebih bermutu selain menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia bergiat secara aktif dalam sambutan hari Kemerdekaan.
Hingga kini sistem logo untuk sambutan hari kemerdekaan diteruskan. Tahun ini, logo negara bertemakan Malaysia Prihatin.
#uniknyamalaysia
Kredit Gambar :
๐ธ Malaysiacoin
Thursday, 19 August 2021
Apa itu Piala Uber?
Author: Nur Firdaus
Jika Piala Thomas untuk kategori badminton berkumpulan lelaki, Piala Uber pula untuk badminton kategori berkumpulan wanita.
Tahun ini, skuad badminton wanita Malaysia diletakkan di dalam kumpulan D bersama-sama dengan China, Denmark dan Kanada.
Buat pengetahuan semua, Piala Uber ini dinamakan sempena pemain badminton perempuan England bernama H.S. Uber selepas menghadiahkan piala untuk diadakan kejohanan besar ini pada tahun 1950.
Meskipun demikian, permintaan ini awalnya ditolak disebabkan faktor kewangan. Namun, perkara ini tidak berhenti di situ apabila pada tahun 1953 akhirnya BWF bersetuju untuk mengadakan kejohanan berpasukan badminton wanita terbesar dunia ini bermula pada tahun 1956-1957.
Awalnya, kejohanan ini diadakan 3 tahun sekali. Namun, bermula tahun 1984, kejohanan ini diadakan secara dwitahunan selepas piala ini dijalankan sekali bersama dengan Piala Thomas.
Kejohanan ini pertama kali diadakan di Lanchashire, England dan Amerika Syarikat menjadi juara sulung kejohanan ini selepas menewaskan Denmark 6-1.
Berbeza dengan Piala Thomas, Malaysia dalam Piala Uber agak kurang menyerlah. Sepanjang penyertaan Malaysia dalam Piala Uber, pencapaian tertinggi ialah berada di peringkat suku akhir iaitu pada tahun 2004, 2008 dan 2010.
Namun demikian, jangan anggap ni sebagai satu halangan untuk mencapai tahap tertinggi. Hari ini adalah hari baharu. Semalam anggap sebagai kenangan dan teladan bukan mimpi ngeri yang boleh dibuai-buai angan-angan kegagalan. Teruskan positif.
Apa-apapun, selamat maju jaya skuad badminton wanita negara dalam Piala Uber .
#uniknyamalaysia
Kredit gambar;
๐ธAstroawani
๐ธBerita Harian
๐ธ Harian Metro
Wednesday, 18 August 2021
Piala Thomas Badminton
Tuesday, 17 August 2021
Korang kalau datang Johor, boleh bawa balik apa?
Monday, 16 August 2021
Kisah Bunga Kebangsaan ๐ฒ๐พ
Wednesday, 11 August 2021
Pemain sejati Kedah ~ Baddrol Baktiar
Author: Nur Firdaus
Pasti ramai fan Barcelona bersedih dengan pemergian Lionel Messi ke PSG selepas kelab Barcelona "terpaksa" melepaskan beliau.
Semasa majlis perpisahan Lionel Messi dan Barcelona, boleh nampak jelas betapa sayangnya Lionel Messi terhadap kelab tersebut. Jiwanya ada pada Barcelona. Namun, pemergian ini adalah langkah terbaik demi "survival" Barcelona.
Benarlah orang kata. Tak semua pemain di dunia bermain hanya kerana "wang" atau tawaran kelab lebih hebat. Ada dalam kalangan pemain yang sanggup "mengabdikan" dirinya untuk kelabnya meskipun banyak kontroversi dan tawaran lebih baik dari kelab lain.
Perkara ini mengingatkan aku tentang seorang pemain tempatan bernama Baddrol Baktiar. Beliau merupakan pemain "sejati kedah". Bermula dengan diserap masuk dari skuad presiden Kedah tahun 2006/2007 ke skuad senior, beliau tidak terus diberi peluang untuk beraksi kerana saingannya K Soley selalu menjadi tumpuan skuad utama.
Beliau kemudiannya diberi peluang untuk beraksi selepas perpindahan K Soley ke Perlis tahun 2007 sebagai pemain utama.
Sepanjang karier Baddrol Bakhtiar, beliau menjadi penjaring terbanyak setakat ini di Kedah dengan mencecah 116 Gol setakat 2019 .
Kejayaan terbesar beliau dalam kelab ialah berjaya membawa kedah sebagai pasukan double treble iaitu pada tahun 2006/2007 dan 2007/2008.
Beliau juga merupakan pemain yang berjaya membawa skuad Kebangsaan B23 menjuarai pingat Emas Sukan SEA bukan 2 edisi berturut-turut selepas menjadi "hero" kepada skuad kebangsaan dalam penentuan penalti.
Kejayaan-kejayaan ini telah membawa beliau cuba "dipinang" oleh pasukan-pasukan tempatan mahupun luar negara. Antara pasukan luar yang sangat tertarik dengan beliau sejurus kemenangan Malaysia dalam sukan SEA tersebut ialah Pelita Jaya sebuah kelab yang pernah dimasukki oleh Safee Sali.
Tapi, baddrol memilih untuk setia pada kelabnya. Meskipun selepas kejatuhan Kedah ke Liga Perdana pada tahun 2013, dan kebanyakkan rakan-rakannya telah beralih ke kelab lain yang lebih "menjanjikan", baddrol memilih untuk setia sehinggalah Kedah berjaya masuk semula ke Liga Super hingga harini.
Satu kata-kata yang buat aku tersentuh saat ditanya kenapa beliau tidak memilih untuk berpindah ke kelab lain yang boleh beri tawaran lebih baik dari Kedah itu sendiri. Jawapan beliau ialah,
" Jiwa Saya masih di Kedah."
#uniknyamalaysia
Kredit gambar;
๐ธ Berita Harian
๐ธ Blogspot.
Tuesday, 10 August 2021
Destinasi ke Olimpik P4ris 2O24
Olimpik Tokyo 2o2o tamat akhirnya…
Tahniah dan berterima kasih kepada pasangan regu lelaki ๐ธ negara Aaron Chia & Soh Wooi Yik kerana menyumbangkan pingat gangsa dan Datuk Azizulhasni Awang menyumbang pingat Perak dalam acara berbasikal kierin lelaki๐คฉ๐คฉ
Selain Daripada itu, Malaysia mempunyai 22 atlet akan mewakili Malaysia untuk berjuang dalam Sukan Paralimpik Tokyo. Pertandingan akan bermula pada 24 Ogos sehingga 5 Sept ini, Ayuh rakyat Malaysia, kita berikan sokongan penuh untuk pasukan Paralimpik Negara....Malaysia BOLEH๐ช๐ผ
Olahraga: Abdul Latif Romly; Muhammad Ziyad Zokefli; Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi; Wong Kar Gee; Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin
Berbasikal: Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin; Muhammad Hafiz Jamali; Zuhairie Ahmad Tarmizi; Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais; Nurul Suhada Zainal
Renang: Brenda Anelia; Muhammad Nur Syaiful Zulkefli; Jamery Siga
Memanah: S. Suresh; Wiro Julin
Badminton: Cheah Liek Hou; Didin Terasoh
Boccia: Chew Wei Lun
Powerlifting: Bonnie Bunyau Gustin; Jong Yee Khie
Ping Pong: Chee Chaoming
Tenis Kerusi Roda: Abu Samah Borhan.
Sumber: Astro awani
Mari kita ✈️✈️✈️✈️ Ke Paris dan melawat ke tempat-tempat menarik yang sudah bersiap-sedia untuk menanti kedatangan OLIMPIK 2O24.
Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan lambang baru mereka.
Semoga Pasukan Malaysia akan lebih cemerlang di Olimpik 2024 nanti.
Demi Malaysia...Malaysiaku...Malaysia Boleh!!!
Mari Kita mulakan perjalanan ke PARIS..JOM…
๐ท FB Paris 2024
Rare fruit in Malaysia #2 ~ Temponek
Monday, 9 August 2021
Pocket Rocket Man - Dato' Azizulhasni Awang
Sunday, 8 August 2021
Mentaliti Juara - Shah Firdaus
Friday, 6 August 2021
Aksi filem/drama yang buat orang cekik darah !!
Aksi yang macam mana boleh menyebabkan anda lempar remote control ke ๐บ…..sabar ya, drama jer๐คช
- Setiap kali, dorang dikejar Oleh pembunuh atau zombie, mesti ada Kawan yang tertinggal atau jatuh semasa lari๐Pulak dorang kena patah balik untuk Selamatkan dia, lepas tu nyawa sekumpulan geng tu terkorban๐
- Masa orang jahat muncul, dorang pergi sembunyi dan suruh diam. TAPI masa ni la orang call, ๐ฑ berbunyi ๐
- Ada sejenis watak yang suka buat kecoh, orang suruh diam, budak tu jerit kuat๐ฆ๐atau pun perempuan tu jerit Dan lari keluar.. Aduhai dedahkan kedudukan semua orang yang sedang sembunyi ๐ฎ๐จ
- Paling benci cerita cinta yang begini, suami setia dengan isteri sweet jer hubungan mereka. Eleeeh satu perempuan main goda pulak…tak boleh keeeeer bagi dorang happily ever after keh? Kalau la penerbit tu tulis, suami accident dan tinggalkan isterinya dengan cara ni, hati penonton tak benci sangat.
- Satu lagi babak dalam kes penculikan. Selalunya muncul seorang jer yang datang cari mangsa, dia tak dapat buka tali ikat..ok Tak apa, dia pulak kena tangkap..halo..kau ni pergi selamatkan mangsa atau jadi mangsa ?
- Ooohh ya, nak Tanya kenapa dorang Guna pistol saling mengacu-acu …sepatutnya boleh terus tembak mati musuh tu. Tapi mereka dua masih berborak-borak..blah blah blah ..lepas tu orang jahat tembak orang baik jadi mati pulak; Ataupun orang jahat tu terlepas diri. ๐ต๐ซ๐ต๐ซ๐ต๐ซ
Ini cuma pandangan penulis diri sendiri..share for fun๐
Masa umur 14 tahun - Bryan Nickson Lomas ๐ฒ๐พ
Kecoh petang semalam. Kecoh bukan sebab dunia kiamat.
Tak.
Tapi kecoh sebab atlet baru berusia 14 tahun berjaya merangkul pingat emas acara 10 meter terjun individu wanita.
Kejayaan adik yang bernama Quan Hongchan ini menjadi atlet termuda edisi ini yang memenangi pingat emas olimpik setakat ini.
Perkara ni buat aku teringat akan seorang bekas atlet penerjun bernama Bryan Nickson Lomas. Meskipun Bryan tidaklah berjaya memenangi sebarang pingat dalam sukan olimpik sepanjang kariernya, namun beliau merupakan atlet termuda negara yang pernah sertai Olimpik kali pertama iaitu seawal usia 14 tahun sama seperti Quan Hongchan.
Menariknya tentang Bryan ini ialah sewaktu beliau menjadi wakil negara dalam acara terjun lelaki pada Olimpiknya kali pertama iaitu pada tahun 2004, beliau telah diberikan satu penghormatan untuk membawa Jalur Gemilang mengetuai kontingen negara dalam acara pembukaan olimpik di Athens, Greece.
Jadi kalau ada orang tanya time kau umur 14 tahun kau buat apa?
Bolehlah Bryan cakap dengan bangganya bahawa, aku jadi pembawa bendera Malaysia di Olimpik. Gituw.
Beliau juga merupakan atlet pertama negara yang berjaya masuk ke Final FINA World Championship pada tahun 2007 di Melbourne. Malah beliau juga pernah mengejutkan dunia pada penghujung kariernya apabila merangkul gangsa dalam acara 3 meter seirama dengan sahabatnya Huang Qiang dalam FINA Diving World Cup London 2012.
Pencapaian ini diteruskan lagi dengan kejayaan membawa pulang emas dalam acara yang sama iaitu 3 meter seirama dalam FINA Diving Grand Prix 2012 di Kanada (1 emas) dan USA (1 emas).
Namun, disaat nama beliau melambung tinggi dipuji ketika itu, akhirnya Bryan mengambil keputusan untuk bersara pada tahun 2013. Tindakan ini diambil selepas kematian bapanya yang tercinta pada penghujung tahun 2013. Beliau telah memilih untuk menyambung pengajian di UM dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dan bersara sepenuhnya daripada menjadi atlet terjun negara.
Sewaktu ditanya oleh Nadi Arena tentang kenapa beliau memiih untuk bersara, Bryan menjawab bahawa beliau merasakan, kegagalan membawa pulang pingat dalam 3 edisi olimpik berturut-turut membuatkan beliau ingin fokus kepada menyambung pengajian. Hal ini kerana, baginya pendidikan merupakan satu cara untuk mengembangkan pengetahuannya dan jaminan masa hadapan sekiranya beliau ingin terlibat secara langsung bidang kejurulatihan pada masa akan datang.
Bryan ada cita-cita nak buka akademi terjun sendiri, aku mengharapkan impian beliau ini boleh menjadi kenyataan.
#uniknyamalaysia
Kredit gambar;
๐ธ Team Malaysia
๐ธ Nadi Arena
Wednesday, 4 August 2021
Ratu Terjun - Pandelela Rinong Anak Pamg
Author: Nur Firdaus
Selepas pingat gangsa tunggal dihadiahkan skuad badminton oleh pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia/Soh Wooi Yik, tumpuan rakyat Malaysia sekarang beralih kepada ratu terjun negara iaitu Pandalela Rinong dalam acara 10 meter platform wanita yang akan berlangsung bermula 4 Ogos.
Sepanjang penyertaan beliau di Olimpik sejak tahun 2008, Pandalela merupakan atlet paling berjaya selepas Datuk Lee Chong Wei yang telah berjaya membawa 2 pingat di temasya Olimpik iaitu gangsa bagi acara 10 meter platform wanita (2012) dan perak dalam acara 10 meter platform seirama wanita (2016).
Semasa pingat pertama Olimpik beliau iaitu di Olimpik London tahun 2012, umur beliau baru sahaja berusia 19 tahun. Beliau juga merupakan wanita pertama sepanjang Malaysia menyertai Olimpik yang membawa bendera jalur gemilang mengetuai kontingen Malaysia di pembukaan Olimpik pada tahun yang sama iaitu 2012 dan merupakan wanita pertama negara yang berjaya membawa pulang pingat dari temasya Olimpik.
Meskipun pada penampilan beliau bersama Leong Mun Yee pada 27 Julai lalu dalam acara 10 meter platform seirama wanita tidak berjaya membawa pulang pingat dengan hanya mendudukki tangga ke 8 final, namun harapan pingat itu masih ada pada acara 10 meter platform wanita.
Dari segi pencapaian Pandalela dalam acara 10 meter platform wanita di kejohanan dunia, beliau pernah berjaya membawa pingat gangsa di Kejohanan Akuatik Dunia FINA yang berlangsung di Kazan, Rusia pada tahun 2015.
Pencapaian termanis beliau dalam acara 10 meter platform wanita ialah pada awal tahun ini, apabila beliau berjaya membawa pulang pingat emas di Piala Dunia Terjun FINA di Pusat Akuatik Tokyo.
Meskipun pada kejohanan dunia awal tahun ini atlet daripada China tidak menyertai kejohanan itu, namun kejayaan emas di peringkat dunia itu menjadi pembakar semangat buat beliau dan harapan buat rakyat Malaysia dalam misi memburu pingat emas pertama buat negara tercinta.
Apa-apa pun jom sama-sama kita berikan sokongan buat atlet kita. Malaysia Boleh! ๐
#uniknyamalaysia
Kredit gambar;
๐ธ Malay mail
๐ธ sebenarnya
๐ธ The Star
๐ธ People@UTM
Jadikan 'kerja' tu bagai 'menyelesaikan masalah' harian
Apabila anda dah sampai tahap pengurusan, barulah sedar bahawa ketua di atas sebenarnya tidak peduli berapa banyak kerja yang anda buat, tet...
Di sini๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ
-
Jika anda benar-benar secara tidak sengaja memindahkan akaun yang salah, anda boleh mengambil tindakan berikut untuk mendapatkan duit kita s...
-
Olimpik Tokyo 2o2o tamat akhirnya… Tahniah dan berterima kasih kepada pasangan regu lelaki ๐ธ negara Aaron Chia & Soh Wooi Yik keran...
-
KUALA LUMPUR: Penerbit filem Malaysia iaitu Aron Koh, yang telah menghasilkan filem terkenal seperti “Show Me Your Love”, “Haunted Hotel”,...




















































