Search This Blog

Monday, 16 August 2021

Kisah Bunga Kebangsaan πŸ‡²πŸ‡Ύ

Author: Nur Firdaus

Tahukah anda. 

Pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mengemukakan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. 

Bunga tersebut ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung. 

Daripada 7 jenis bunga ini, akhirnya bunga raya dipilih sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 selepas Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Pertama mengisytiharkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan ketika beliau membuat perasmian Malayan Agro-Horticultural Association (MAHA) di Turf Club, Selangor.

Menurut MyGoverment, pemilihan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan ini kerana melepasi beberapa kriteria iaitu sudah terkenal di seluruh negara, nama yang seragam, warna dan bentuk yang menarik dan tidak menjadi bunga kebangsaan mana-mana negara lain. 

Bunga ini juga digelar sebagai bunga perpaduan kerana 5 kelopak yang ada padanya melambangkan 5 pecahan prinsip rukun negara. 

#uniknyamalaysia


Kredit gambar 
πŸ“Έ Patriotisme

No comments:

Post a Comment

Jadikan 'kerja' tu bagai 'menyelesaikan masalah' harian

Apabila anda dah sampai tahap pengurusan, barulah sedar bahawa ketua di atas sebenarnya tidak peduli berapa banyak kerja yang anda buat, tet...

Di siniπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ