Search This Blog

Saturday, 31 July 2021

Jangan buka PINTU masa mok tak ada di rumah


“Bahaya” sedia menunggu kita di luar sana, tapi tak kan selalu terperuk dalam rumah?

Nak jana rezeki, nak beli barang dapur dan macam-macam perkara, terpaksalah kita kena keluar dari rumah.

Tapi ada sebahagian orang tidak boleh tahan dengan kemeriahan dalam rumah, 
๐Ÿ˜ซbudak terlalu bising
๐Ÿ˜ซmak/bapak/mertua blah blah blah
๐Ÿ˜ซisteri/suami blah blah blah 
Macam mana ni…..sesak nafas dalam suasana begini๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–

Asyik keluar dari rumah pun bahaya, baik kita bincang/komunikasi….rancangkan masa untuk ahli keluarga, atau meluahkan perasaan diri dengan ahli keluarga, SAYA NAK ME TIME ..bolehkeh tolong lapangkan sehari 2-3 jam untuk anda? 

Semua bawa bincang…..Stay home Stay safe !!
Ikut SOP dan kurangkan beban frontlines❤️
๐Ÿ‘๐Ÿผpakai pelitup muka Semasa keluar 
๐Ÿ‘๐ŸผKerap cuci tangan
๐Ÿ‘๐ŸผJaga jarak keselamatan 
๐Ÿ‘๐ŸผBalik rumah terus mandi….

๐Ÿ”ŠJom LIKE dan SHARE❤️

Page 

https://www.facebook.com/WargaMypage/


group 

https://www.facebook.com/groups/1071348736563952/


Blog

https://topikattepi.blogspot.com/?m=1



 

Unik Sabah - Nasi Linopot


 Author: Nur Firdaus 

Sebabkan ada seorang junior aku ni masih belum boleh "Move On" dengan buah tarap, jadi untuk kalini aku nak hadiahkan kisah Nasi Linopot pula sebagai penawar. Harap-harap mujarablah perkongsian ni. ๐Ÿ˜‚


Linopot dalam bahasa Dusun membawa maksud bungkusan yang berasal daripada kata dasar "lopot" iaitu bungkus. 


Kalau anda perasan, Nasi Linopot ni ada macam-macam warna. Si pembuat letak warna ke? 


Jawapannya, tidak.


Perkara ini berlaku ada dua sebab iaitu pertama, dari segi tradisi, beras yang digunakan ialah beras padi huma/beras bukit. Beras ini selalunya ada yang berwarna merah, ungu dan perang. 


Kedua kerana nasi tersebut ada yang sudah digaul sekali dengan keladi (gu'ol) , labu manis (tawadak) atau ubi kayu (mundok). Jadi, tidak hairan kadangkala kita disajikan dengan pelbagai variasi warna Nasi Linopot ini. 


Kena ingat, tak semestinya Linopot ini perlu digaul sekali dengan keladi misalnya, sekadar menggunakan padi huma tanpa sebarang campuran pun sudah dikira ok. Tapi lagi padu kalau dicampurlah ๐Ÿ˜‚ (orang kata, kalau aku tak tahu sebab tak pernah rasa) 


Terdapat pelbagai jenis daun boleh digunakan untuk membungkus linopot antaranya ialah wonihan (daun wangi), punti (daun pisang), timadang ( tarap ) , kongkobung, kobu, telidus dan toropoi. 


Pemilihan daun ini juga berkait rapat dengan jenis dan tujuan pembuatan nasi ini. Hal ini kerana setiap daun itu mempunyai aromanya yang tersendiri. 


Misalnya, ada yang gemar menggunakan daun wonihan kerana daun ini besar, tidak mudah koyak dan mempunyai aroma yang harum. 


Jika nasi lemak dibungkus sekali nasi dengan lauknya. Linopot ni tidak dibuat begitu. Hanya nasinya sahaja yang dibungkus. 


Cumanya, Nasi Linopot ini tidak lengkap tanpa kombinasi lauk-lauk tradisional. Dan mengikut tradisi, kombinasi lauk tersebut perlulah dalam bilangan ganjil dan paling minima ialah 3 lauk. 


Antara lauk-lauk tradisional yang popular dikaitkan dengan Nasi Linopot seperti Tuhau, bosou, taduk, jeruk bambangan dan ikan masin yang digoreng. 


Sayangnya, aku tidak sempat menikmati Nasi Linopot ni semasa di Sabah. Cuma sempat juga merasa tarap walaupun sekali.


Mana tahu kalau jejakkan kaki semula ke Sabah, boleh aku mencuba nasi ini. 


#uniknyamalaysia 





Kredit gambar 

๐Ÿ“ธ Arkib Negeri Sabah  

๐Ÿ“ธ Rumah Pangi, Kadazandusun's Cultural Village

Friday, 30 July 2021

" Eh? Buah apa tu? Muka macam buah Cempedak je. Bukan buah nangka ke ni? #1




Author: Nur Firdaus 

Jika durian jadi pilihan penggemar buah tempatan terutama di Semenanjung Malaysia sehingga digelar sebagai "Raja Buah", berbeza pula situasinya jika anda menjejakkan kaki ke Borneo terutama di Sabah. Penduduk di sini lebih menggemari buah tarap atau nama lainnya timadang berbanding durian. 


" Eh? Buah apa tu? Muka macam buah Cempedak je. Bukan buah nangka ke ni? 


Yup betul. Bagi mereka yang "first time nampak" akan keliru dengan buah ini. Memang sekali pandang seakan-akan nangka atau cempedak tapi ada beberapa cara untuk membezakannya. 


Kalau melihat kepada bentuk fizikalnya, buah ini lebih bulat daripada buah nangka dan cempedak selain buah tarap juga isinya berwarna putih susu berbeza dengan buah nangka atau cempedak yang berwarna kekuningan. 


Buah tarap yang sudah masak boleh dikopek hanya menggunakan tangan anda sahaja tanpa perlu menggunakan alat bantu lain untuk mengopeknya. Buah ini juga apabila masak mengeluarkan haruman wangian yang kuat sama macam durian. Jadi kalau nak sorok buah ni untuk makan sorang susahlah ๐Ÿ˜‚


Selain buah ini manis dimakan begitu sahaja, buah tarap juga sesuai dibuat cucur sama seperti cempedak jika disalut dengan tepung gandum. 


Kalau tanya soal harga, kalau anda singgah di Sabah hanya sekitar Rm 5 sehingga Rm 10.  Jadi kalau yang belum pernah mencuba, mungkin ini boleh masuk dalam list anda ok? ๐Ÿ˜ Sekian.

#uniknyamalaysia 



Kredit Gambar; 

๐Ÿ“ธRoddar

๐Ÿ“ธSabah Bah

Kisah Badminton ๐Ÿธ

Author: Nur Firdaus Tarikh: 28/07/2021



Walaupun rakyat Malaysia terpaksa menunggu lebih sejam sebelum pertemuan di antara Lee Zii Jia dan Leverdez Brice yang berlangsung semalam, namun penantian itu tidak dibalas kekecewaan apabila aksi membanggakan ditunjukkan oleh Lee Zii Jia dengan mudah "merobek" hati peminat Perancis dengan kemenangan bergaya 21- 17, 21-5. 


Kemenangan ini secara tak langsung akan memberikan sinar harapan buat Malaysia dalam mengejar pingat emas pertama buat negara. 


Tapi, kenapa rakyat Malaysia sanggup tunggu sampai sejam pertemuan Lee Jii Zia dalam acara badminton, sedangkan acara sukan lain pula dilihat kurang jadi tumpuan dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri meskipun dilihat sukan lain juga berpotensi memperolehi pingat dalam Olimpik ? 


Hal ini berkait rapat dengan konsistensi skuad badminton dalam membawa pingat dalam acara Olimpik. 


Sejak Olimpik 2008 sehinggalah Olimpik 2016, acara badminton secara konsisten membawa pulang pingat dan paling konsisten ialah acara perseorangan yang berjaya kekal dengan pingat perak 3 edisi berturut-turut yang dibawa pulang oleh Datuk Lee Chong Wei. 


Malah sepanjang penyertaan Malaysia dalam sukan Olimpik, acara sukan badminton merupakan acara paling banyak menyumbang pingat kepada Malaysia dengan jumlah secara keseluruhan sebanyak 6 Perak dan 2 gangsa. 


Pingat pertama Gangsa dan Perak Olimpik Malaysia juga disumbangkan oleh sukan badminton . Bagi pingat gangsa, pertama kali Malaysia memperolehinya ialah dalam acara beregu lelaki  pada temasya Olimpik 1992 disumbang oleh Datuk Razif Sidek dan Dato' Seri Jailani Sidek. 


Manakala untuk pertama kali perak ialah pada tahun 1996 disumbangkan oleh Datuk Cheah Soon Kit dan pasangannya Yap Kim Hock dalam acara beregu lelaki sukan badminton.  


Sebab itu jugalah kenapa di saat acara badminton tidak menunjukkan hasil yang memberansangkan baru-baru ini, kekecewaan itu berkali-kali ganda berbanding acara sukan lain. Hal ini kerana "harapan" yang sangat tinggi diletakkan oleh rakyat Malaysia pada acara badminton selain acara ni sudah dianggap sebati dengan rakyat Malaysia itu sendiri. 


Harini, kita akan menyaksikan pertemuan buku bertemu ruas apabila Lee Zii Jia akan berhadapan dengan juara Olimpik 2016, Chen Long. 


Sudah pasti, ini akan jadi pertemuan epic dalam  acara badminton kalini. 


Apa-apapun sama-sama beri sokongan penuh pada semua atlet Malaysia. Semoga ada sinar harapan untuk membawa pulang pingat buat negara. 


#uniknyamalaysia 


Kredit gambar 

๐Ÿ“ธ Berita Harian 

๐Ÿ“ธ Liga Kampung 

๐Ÿ“ธ Discover KL

Biar apa pun, cakap la…

Tiada sesiapa yang suka mem - blah blah blah,

Tapi cara yang paling bagus untuk menyelesai masalah adalah ~komunikasi~

Ada sembarang tak ngam, tak syiok…cakap baik-baik. ❤️

Biarla kasih sayang memperbaiki hubungan anda.





#WargaMy #tehopengikattepi

๐Ÿ”ŠJom LIKE dan SHARE❤️

Page 

https://www.facebook.com/WargaMypage/


group 

https://www.facebook.com/groups/1071348736563952/


Blog

https://topikattepi.blogspot.com/?m=1

Tiada siapa yang masuk ke gelanggang untuk kalah - Datuk Lee Chong Wei

Author: Nur Firdaus


Sewaktu Datuk Lee Chong Wei membuat kenyataan ini susulan kritikan peminat terhadap kekalahan awal pemain beregu campuran dan beregu wanita, perkara ini buatkan aku teringat zaman kegemilangan Datuk Lee Chong Wei yang juga ada masam manisnya. 


Beliau adalah pemain terbaik perseorangan pernah dihasilkan negara. Setakat ini, rekod 9 tahun pemain no 1 dunia dalam Ranking BWF (tidak berturut-turut) pernah dipegang oleh beliau, belum ada pemain Malaysia berjaya pecahkan lagi. 


Meskipun dengan rekod cemerlang, beliau sendiri sedar satu-satu kejohanan utama dunia yang gagal beliau menjadi juara ialah Olimpik selepas dinafikan oleh seteru utamanya di final  iaitu Lin Dan ( 2008, 2012) dan Chen Long (2016). 


Ingat lagi setiap kali selepas kekalahan beliau di Final sehinggalah hari ini, ucapan maaf terus berkumat kamit di bibirnya. 


" Saya Minta Maaf rakyat Malaysia. Pingat Emas tak mampu saya bawa pulang". 


Bayangkan betapa kecewanya beliau. 3 kali ke final Olimpik tetapi tetap tak dapat realisasikan penamat yang diinginkan sepanjang kariernya. 


Sebab itu juga, beliau faham kehendak rakyat Malaysia yang sangat berharap badminton terus konsisten cemerlang di temasya Olimpik. Namun, perlu juga sedar, kekalahan bukan bermakna mereka tidak berusaha. 


Paling utama, teruskanlah memberi sokongan pada atlet kita. Sokongan moral. Mereka pernah bagi kita keriangan dan keseronokkan dalam sukan negara kita hingga layak ke Olimpik iaitu sebuah temasya besar dunia. Jadi, mengapa perlu cemuh mereka saat mereka gagal kalini? 


Apa-apa pun misi memburu emas negara masih ada sinar. Teruskan beri sokongan.  


#uniknyamalaysia 

#OlimpikTokyo2020 



Kredit gambar 

๐Ÿ“ธBWF 

๐Ÿ“ธBola 

๐Ÿ“ธPinterest


 

Olimpik Tokyo - Beregu Lelaki ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Author: Nur Firdaus



Siapa sangka. 

Beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Sooh Wooi Yik berjaya menewaskan pasangan pilihan utama kejohanan yang juga pasangan no 1 dunia iaitu Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon dengan kemenangan straight set 21-14, 21-17.

Kejayaan ini telah membawa pasangan beregu negara layak ke peringkat separuh akhir sekaligus memberi harapan terakhir buat rakyat Malaysia dalam acara sukan badminton dalam misi memburu pingat emas pertama negara selepas pemain perseorang negara Lee Jii Zia tewas ditangan Cheng Long. 

Apa yang menarik, kejayaan ini juga merupakan kejayaan yang menamatkan "badi" pertemuan antara Aaron Chia/Sooh Wooi Yik dan Sanjaya Sukamuljo/Marcus Fernaldi Gideon selepas 7 kali pertemuan sebelum ini berpihak kepada pasangan beregu dari Indonesia itu. 

Hadir ke Olimpik sebagai pasangan yang "TIDAK TERNAMA", Aaron Chia/Sooh Wooi Yik ini mengingatkan aku kepada  Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang berjaya membuat kejutan dalam kejohanan Sukan Asia tahun 2006 di Doha, Qatar dengan menewaskan pilihan utama kejohanan Cai Yun/Fu Haifeng daripada China seterusnya membawa balik pingat emas buat skuad badminton negara.

Masatu, bagaikan sudah kena "Histeria" aku tengok rakyat Malaysia meraikkannya. Ialah, siapa sangka pasangan beregu lelaki negara itu yang baru sahaja di"pasangkan" bersama pada tahun yang sama iaitu tahun 2006  akhirnya terus mencipta kejutan sehebat ini.  Lagi-lagi kemanisan kejayaan itu juga terasa kerana  beberapa pemain pilihan badminton negara kalah di tangan lawan masing-masing.  

Kejayaan ini juga telah membuatkan nama Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong terkenal. Lebih terharu selepas kejayaan di sukan Asia, pasangan ini juga berjaya mencipta kejutan seterusnya pada tahun depannya selepas menjadi juara All England pada tahun 2007 selepas juga mengalahkan pasangan yang sama mereka jumpa di sukan Asia di final iaitu Cai Yun/Fu Haifeng. 

Dalam kejohanan Olimpik, kejutan sebegini juga bukanlah sesuatu yang asing dalam badminton negara terutama dalam acara beregu lelaki. Malah, dalam kejohanan Olimpik sendiri, pingat gangsa pertama dan pingat perak pertama negara juga hadir dari pasangan beregu lelaki negara iaitu oleh Datuk Razif Sidek/Dato' Seri Jailani Sidek (1992) dan Datuk Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock (1996) .

Bermakna, kalau ikutkan "tradisi kejutan pingat Olimpik pertama" acara beregu lelaki merupakan acara yang penuh kejutan tiba-tiba. Mana tahu, sejarah kejutan begini boleh membawa kepada kejutan emas "pertama negara tahun ini". Kita tak tahu. 

Apa-apa pun keputusan harini, sama-sama kita bagi sokongan penuh buat beregu lelaki negara. Buat rakyat Malaysia pesanan aku pada semua sama seperti kata-kata Tan Boon Heong; 

"Relax, jangan gancheong. Siap-siap sembahyang woi. Biar diorang confident ๐Ÿ˜‚ MALAYSIA BOLEH!' 

Gituw. 

#uniknyamalaysia 


Kredit gambar

๐Ÿ“ธ BWF News 

๐Ÿ“ธStadium Astro 

๐Ÿ“ธ Badminton Planet

๐Ÿ“ธ The Patriot Asia

Jadikan 'kerja' tu bagai 'menyelesaikan masalah' harian

Apabila anda dah sampai tahap pengurusan, barulah sedar bahawa ketua di atas sebenarnya tidak peduli berapa banyak kerja yang anda buat, tet...

Di sini๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ