Search This Blog

Friday, 13 September 2024

Jadikan 'kerja' tu bagai 'menyelesaikan masalah' harian

Apabila anda dah sampai tahap pengurusan, barulah sedar bahawa ketua di atas sebenarnya tidak peduli berapa banyak kerja yang anda buat, tetapi adakah anda boleh dipercayai dan dapat menyelesaikan masalah! !



Walaupun anda bekerja keras, bersabar, dan bertanggungjawab, jika anda tidak mencapai dua faktor ini, anda dianggap sebagai seorang pekerja biasa sahaja! 


Sebenarnya, jika difikirkan dari sudut pandang ketua, mereka juga manusia, dengan pelbagai kerja untuk diuruskan, dan apabila terlalu banyak kerja, mereka juga rasa pening kepala. Mereka juga mempunyai masalah mereka sendiri yang tidak dapat diselesaikan. 


Jika anda adalah orang kepercayaannya dan pada masa yang sama dapat menyelesaikan masalahnya, ini akan membuatkan mereka merasa lega, dan sudah tentu mereka akan memandang tinggi anda! 


Oleh itu, jika anda ingin dinaikkan pangkat atau mendapatkan kenaikan gaji, jangan hanya bertahan, anda perlu menukar 'kerja' menjadi 'menyelesaikan masalah'.


Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati๐Ÿ˜Š

#tehopengikattepi #corporatelife

No comments:

Post a Comment

Jadikan 'kerja' tu bagai 'menyelesaikan masalah' harian

Apabila anda dah sampai tahap pengurusan, barulah sedar bahawa ketua di atas sebenarnya tidak peduli berapa banyak kerja yang anda buat, tet...

Di sini๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ