Search This Blog

Friday, 13 September 2024

Jadikan 'kerja' tu bagai 'menyelesaikan masalah' harian

Apabila anda dah sampai tahap pengurusan, barulah sedar bahawa ketua di atas sebenarnya tidak peduli berapa banyak kerja yang anda buat, tetapi adakah anda boleh dipercayai dan dapat menyelesaikan masalah! !



Walaupun anda bekerja keras, bersabar, dan bertanggungjawab, jika anda tidak mencapai dua faktor ini, anda dianggap sebagai seorang pekerja biasa sahaja! 


Sebenarnya, jika difikirkan dari sudut pandang ketua, mereka juga manusia, dengan pelbagai kerja untuk diuruskan, dan apabila terlalu banyak kerja, mereka juga rasa pening kepala. Mereka juga mempunyai masalah mereka sendiri yang tidak dapat diselesaikan. 


Jika anda adalah orang kepercayaannya dan pada masa yang sama dapat menyelesaikan masalahnya, ini akan membuatkan mereka merasa lega, dan sudah tentu mereka akan memandang tinggi anda! 


Oleh itu, jika anda ingin dinaikkan pangkat atau mendapatkan kenaikan gaji, jangan hanya bertahan, anda perlu menukar 'kerja' menjadi 'menyelesaikan masalah'.


Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati😊

#tehopengikattepi #corporatelife

Sunday, 6 November 2022

Apa tu PRELOVED?



Selalu kami nampak perkataan PRELOVED kat sosial media …jual barang Preloved..


Apa maksud Preloved ni ??


Ia ada Lah perkataan English yang Bermaksud pernah disayangi ❤️❤️

Maksudnya barang tersebut telah dimiliki sebelumnya Dan sekarang akan berubah tangan.. senang faham second hand ✋🏼 


Kualiti barang terpulang kepada pemilik …adakah dia jaga barang tu dgn baikπŸ‘πŸΌ


Tak malu kami beli barang second hand, kalau dengan harga yg murah dapat barang berkualliti atau barang berjenama, apa salahnya? Budak-budak kan membesar dengan cepat….tak kan beli semua baru kot πŸ₯Ή


Rasanya mama akan puji min min pandai urus rezeki sendiri πŸ₯°


Boleh layari kedai ni, min min nampak byk baju sejuk atau OOTD budak yang sesuai gi GENTING atau FRASER HILL ….sejuk sejuk sejuk !! 


Ada pulak baju jenis heat tech …sesuai untuk lepak ke luar negara yg Bermusim sejuk πŸ₯Ά

🎊🎊🎊

shopee.com.my/dejelly99

#secondhandshop #cuticutimalaysia #preloved



Thursday, 15 September 2022

Lepak Ke pantai ~ Teluk Cempedak

Pantai Teluk Cempedak terletak di  Kuantan, Pahang, Malaysia. Ia merupakan tempat perkelahan yang popular dan menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu. Mempunyai pasir pantai yang bewarna putih melepak dan gebu.


Ia juga mempunyai sebuah hutan rekreasi berhampiran yang terpelihara supaya kelestarian alam di pantai tersebut tetap terjamin.

Selain daripada itu, kemudahan jambatan yang direka khas menyusuri sepanjang pesisir pantai ini, pastinya akan memberi keselesaaan kepada pengunjung yang hadir untuk menikmati keindahan alam di sekitar Pantai Teluk Cempedak. 

Kerajaan Negeri Pahang telah membina pelbagai kemudahan di Teluk Cempedak, seperti…

✅Menara tinjau

✅Restoran dan gerai-gerai

✅Titi / Jambatan menyusun pinggir bukit

✅Surau

✅Bilik mandi / tandas

✅Tembok pinggir pantai

✅Pentas

✅Hotel

✅Tempat letak kereta yang luas.


Anda pasti akan berpuas hati dengan keindahan pantai, flora dan fauna.

Tips dari admin, berjaga2 dengan monyet berhampiran, mereka akan rampas beg2, makanan, airbotol dan sebagai nya!! Beg min nyaris2 di rampas πŸ«£πŸ˜…πŸ˜¨





#travelmyairbnb #cuticutimalaysia #pantaitimur #pantai

FOLLOW PAGE & GROUP kami ❤️😊 pasti kami cuba buat yang terbaik, dan memperkenalkan tempat yang best untuk cuti-cuti Malaysia kepada anda semua.

FB page: Travel Malaysia Airbnb

FB Group: Travel Malaysia Airbnb Group




Monday, 28 March 2022

Jom bersantai kat Cyberjaya!!!


 1. Taman Tasik Cyberjaya

Taman ini merupakan tempat penduduk Cyberjaya menjalani aktiviti riadah setiap hujung minggu.

Dengan landskap yang indah, tempat ini ideal untuk berkelah, berjoging dan bersantai bersama rakan-rakan. 

Kadang kala , MP Sepang akan menjalankan beberapa aktiviti menaik taraf di sekitar kawasan itu, oleh itu sesiapa yang ingin melawat perlu mengambil perhatian.


Alamat: Taman Tasik Cyberjaya, Persiaran Semarak Api, Cyber 4, Cyberjaya, 63000, Selangor 

Waktu Pembukaan: 7a.m. – 7p.m.

Yuran masuk: Percuma






2. Taman Mini Cyberjaya 

Taman kecil ini juga ideal untuk berkelah dan aktiviti rekreasi seperti berjoging. 

Taman ini berlokasi strategik di tengah-tengah Cyberjaya.


Alamat: 65, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Yuran masuk: Percuma





3. Cyberjaya Lakeside 

Dengan matahari terbenam dan matahari terbit yang indah, tempat ini menawarkan landskap tepi tasik yang menakjubkan.

Tempat ini popular dengan aktiviti rekreasi seperti berjoging, berkelah, berbasikal dan aktiviti e-skuter.


Sumber: https://youtu.be/r3Df2J0lZg4


Alamat: Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Pembukaan: 7a.m. – 7p.m.

Yuran masuk: Percuma






4. Taman Awam Cyber 3, Cyberjaya 

Netizen namakan taman ni sebagai <Hutan kecil aka mini jungle> πŸ‘πŸΌπŸ˜Š 

Taman ini terletak di kawasan Garden Residences berhampiran Presint 11, Putrajaya. Taman ini juga merupakan tempat yang ideal untuk berjoging dan mendaki sambil menikmati pemandangan indah di sekelilingnya.


Alamat: Cyberjaya, 62000 Cyberjaya, Selangor 

Waktu Pembukaan: 7a.m. – 7p.m.

Yuran masuk: Percuma







Semua foto dan info adalah rujukan info, sila beritahu kami jika ia telah melanggar hak milik. Terima kasih.

Wednesday, 23 March 2022

Taman2 kat PutraJaya #2️⃣

 


1. Taman Botani Presint 1, Putrajaya

Dengan nama jolokant Mother of All Gardens, taman ini malah diberi gelaran sebagai salah satu Taman Paling Menakjubkan di Asia oleh Yayasan Diraja Chelsea, Tayangan Perdana Dunia Pertunjukan Bunga Chelsea Diraja di London pada tahun 2008.

Dengan tanah yang berkeluasan 230 ekar, taman ini mempunyai 13 bahagian berbeza yang mempamerkan lebih daripada 750 spesies tumbuhan dari benua yang berbeza di dunia. Ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk mengambil gambar OOTD dengan suasana Maghribi kerana taman ini adalah rumah kepada Taman Pavilion Islam Maghribi (Astaka Morocco).


Alamat: Lebuh Perdana Barat, Presint 1, 62000 Putrajaya, Malaysia 

Waktu Pembukaan: 7a.m. – 7p.m.

Yuran masuk: Percuma







2. Taman Putra Perdana, Presint 1, Putrajaya

Tanah yang berkeluasan 158 ekar ini merupakan simbol ikonik Putrajaya kerana taman ini adalah titik permulaan Prang Besar iaitu sebuah kawasan ladang kelapa sawit kecil telah diubah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Federal Malaysia pada tahun 1995.

Tarikan di taman ini adalah Kapsul Masa. Tempat ini adalah tempat yang berhampiran Mercu Tanda Putrajaya dan berfungsi menyimpan dokumen penting dan bersejarah. Selain itu, Kawasan Megalith berfungsi mempamerkan batu-batu yang berasal dari Zaman Neolitik, Mesolitik dan Gangsa.


Alamat : Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Pembukaan: 7 am – 8/9 pm

Yuran masuk: Percuma







3. Taman Wawasan, Presint 2, Putrajaya

Taman yang terletak di Presint 2 ini mempunyai keluasan keseluruhan 132 ekar. Taman ini adalah tempat ideal untuk rekreasi, mencari harta karun dan juga majlis resepsi. Kawasan ini terkenal dengan Pantai Pebble, Plaza Aqua, Platform Kajian dan Kawasan Amphiteater Tapiori. 


Alamat: Taman Wawasan, Presint 2, Putrajaya

Waktu Pembukaan: 7a.m. – 7p.m.

Yuran masuk: Percuma




Min memang suka Koleksi foto dari Encik Yasir Reza.
❤️❤️❤️❤️❤️






4. Taman Seri Empangan, Presint 5, Putrajaya

Taman ini adalah tempat popular untuk berbasikal dan berjoging di tepi tasik dengan laluan dari Taman Seri Empangan ke Grand Stand. Pelawat boleh bersenam sambil menikmati pemandangan indah taman ini.


Alamat: Lebuh Gemilang, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya Waktu Pembukaan: 7a.m. - 7p.m.

Yuran masuk: Percuma








5. Taman Ekuestrian Putrajaya, Presint 5

Taman ini dibuka untuk menjalani aktiviti rekreasi seperti berjoging dan berbasikal.Walau bagaimanapun, tempat seperti kandang kuda dan padang polo adalah dilarang masuk. Aktiviti lain seperti menunggang kuda, bola sepak, ragbi, frisbee dan lain-lain juga disediakan tetapi disertakan dengan bayaran tambahan.


Alamat: Jalan Kandang Kuda, Precinct 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya 

Waktu Pembukaan: 8:30a.m. - 6:30p.m.

Yuran masuk: Percuma






6. Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya

Taman ini dinamakan taman Cabaran Putrajaya kerana mempunyai pelbagai aktiviti mencabar seperti memanjat dinding, skatepark untuk sukan gelongsor, laluan basikal lasak untuk pendaki gunung dan lain-lain



Alamat: Putrajaya Challenge Park 62200 Putrajaya, Malaysia

Waktu Pembukaan: 10a.m. – 10 p.m.

Yuran masuk: Aktiviti yang berbeza mempunyai bayaran yang berbeza.






Rujukan dari: 

Cyber info , Tourism Malaysia, ppj.gov.com & four square


Semua foto dan info adalah rujukan info, sila beritahu kami jika ia telah melanggar hak milik. Terima kasih.


Disediakan oleh:

 πŸ™ŒπŸΌLIKE dan JOINπŸ‘‹πŸΌ

Page🚘🚌✈️🏒

https://www.facebook.com/Travel-Malaysia-Airbnb-102034631272021/

Group πŸš˜πŸšŒ✈️🏒

https://www.facebook.com/groups/550908055772699/

Jadikan 'kerja' tu bagai 'menyelesaikan masalah' harian

Apabila anda dah sampai tahap pengurusan, barulah sedar bahawa ketua di atas sebenarnya tidak peduli berapa banyak kerja yang anda buat, tet...

Di siniπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ