Author: Nur Firdaus
Jika durian jadi pilihan penggemar buah tempatan terutama di Semenanjung Malaysia sehingga digelar sebagai "Raja Buah", berbeza pula situasinya jika anda menjejakkan kaki ke Borneo terutama di Sabah. Penduduk di sini lebih menggemari buah tarap atau nama lainnya timadang berbanding durian.
" Eh? Buah apa tu? Muka macam buah Cempedak je. Bukan buah nangka ke ni?
Yup betul. Bagi mereka yang "first time nampak" akan keliru dengan buah ini. Memang sekali pandang seakan-akan nangka atau cempedak tapi ada beberapa cara untuk membezakannya.
Kalau melihat kepada bentuk fizikalnya, buah ini lebih bulat daripada buah nangka dan cempedak selain buah tarap juga isinya berwarna putih susu berbeza dengan buah nangka atau cempedak yang berwarna kekuningan.
Buah tarap yang sudah masak boleh dikopek hanya menggunakan tangan anda sahaja tanpa perlu menggunakan alat bantu lain untuk mengopeknya. Buah ini juga apabila masak mengeluarkan haruman wangian yang kuat sama macam durian. Jadi kalau nak sorok buah ni untuk makan sorang susahlah ๐
Selain buah ini manis dimakan begitu sahaja, buah tarap juga sesuai dibuat cucur sama seperti cempedak jika disalut dengan tepung gandum.
Kalau tanya soal harga, kalau anda singgah di Sabah hanya sekitar Rm 5 sehingga Rm 10. Jadi kalau yang belum pernah mencuba, mungkin ini boleh masuk dalam list anda ok? ๐ Sekian.
#uniknyamalaysia
Kredit Gambar;
๐ธRoddar
๐ธSabah Bah




No comments:
Post a Comment