Search This Blog

Tuesday, 31 August 2021

Lagu Negara πŸ‡²πŸ‡Ύ




Author: Nur Firdaus 

Negaraku. 
Tanah tumpahnya darahku. 

Hah. Bila nyanyi lagu kebangsaan negara, seolah-olah hampir sama iramanya dengan lagu negeri Perak. 

Adakah kebetulan? Atau ini semua konspirasi? 

Eh, jauh betul fikir. Sampai konspirasi bagai. 

Realitinya, pemilihan irama lagu negaraku memang diambil daripada irama lagu negeri Perak. 

Pemilihan ini telah dibuat oleh Tunku ketika itu dan mengesyorkan kepada Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan (JKPLK) selepas JKPLK menolak keempat-empat lagu akhir yang telah disenarai pendek selepas pertandingan mencipta lagu kebangsaan rasmi dibuat pada Februari 1957. 

Skor lagu ‘Negaraku’ telah disediakan oleh Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio Malaya), D.S.P Croff (Pengarah Muzik, Pancaragam Polis Diraja), Kapten Lenthall (Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya). 

Seni kata Lagu Kebangsaan “Negaraku” telah disediakan oleh satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan persetujuan Sultan-Sultan Tanah Melayu.

Setelah siap penciptaan lagu Negaraku ini, lagu ini akhirnya julung kali diperdengarkan selepas detik 12 malam di ambang 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. 

Saat itu jugalah bendera "Union Jack" diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan diiringi oleh lagu Negaraku. 

Hingga kini, lagu negaraku kekal rasmi sebagai lagu kebangsaan negara. 


#uniknyamalaysia 

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia 2017.

No comments:

Post a Comment

Jadikan 'kerja' tu bagai 'menyelesaikan masalah' harian

Apabila anda dah sampai tahap pengurusan, barulah sedar bahawa ketua di atas sebenarnya tidak peduli berapa banyak kerja yang anda buat, tet...

Di siniπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ