Baru tadi selesai pengundian Piala Thomas Badminton dilakukan.
Skuad badminton Malaysia diundi bersama dengan Jepun, Kanada dan England.
Kejohanan ini akan diadakan bermula pada 9-17 Oktober ini di Aarhus, Denmark.
Buat pengetahuan semua, kejohanan Piala Thomas ini merupakan kejohanan badminton berpasukan lelaki yang diambil sempena nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas.
Kejohanan ini pertama kali berlangsung pada tahun 1948-1949 di Queen's Hall, Preston, England.
Menariknya, juara edisi pertama kejohanan ini dimenangi oleh negara kita sendiri iaitu Malaya ( sebelum menggunapakai secara rasmi nama Malaysia pada tahun 1963) menewaskan Denmark 8-1.
Untuk rekod penyertaan Malaysia/Malaya di Piala Thomas, sebanyak 5 kali Malaysia berjaya merangkul kejuaraan kejohanan Piala Thomas iaitu pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan kali terakhir ialah pada tahun 1992 selain berjaya mendapat tempat kedua kejohanan ini sebanyak 9 kali ( 1958, 1970, 1976, 1988*, 1990, 1994, 1998, 2002, 2014).
Sebab itu jugalah mengapa, Malaysia dianggap sebagai salah satu negara gergasi dunia di kejohanan ini selain skuad badminton Indonesia (13 kali juara) dan China ( 9 kali juara) kerana rekod cemerlang dan kejayaan sebelum-sebelum ini.
Meskipun demikian, ini bukanlah tiket untuk berasa "selesa" kerana pencapaian Olimpik baru-baru ini dari skuad badminton Taiwan, China dan Indonesia menunjukkan aksi yang lebih cemerlang berbanding skuad negara. Oleh itu, wajar untuk skuad badmintom negara ambil ini sebagai satu cabaran serius untuk mencapai kejayaan.
Mana tahu rezki Juara 1992 berulang. Sama-sama kita nantikan.
Skuad Piala Thomas 1992 - NST
Skuad Piala Thomas 1949 - The Star
Skuad Piala Thomas 1952 - Olympic Council of Malaysia





No comments:
Post a Comment