Search This Blog

Tuesday, 5 October 2021

Social media Utama off day

 


Author: Nur Firdaus

Semalam boleh dianggap sebagai hari "neraka" buat pengguna media sosial di Malaysia dan seluruh dunia apabila tiga aplikasi mega iaitu Facebook, Instagram dan Whatsap menghadapi masalah teknikal sehinggakan aplikasi tersebut tidak dapat digunakan dengan baik. 

Mengikut satu kajian yang dikeluarkan oleh Laporan The Digital News Report 2017, aplikasi whatsapp merupakan aplikasi dengan penggunaan tertinggi digunakan di Malaysia di dunia untuk berkongsi maklumat dan cerita. 

Meskipun ada aplikasi lain seperti telegrem yang dianggap hampir sama penggunaannya dengan whatsapp, namun aplikasi whatsapp masih menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dalam berkongsi maklumat secara terus dengan pengguna rakyat Malaysia yang lain. 

Aplikasi Facebook pula menjadi pilihan golongan dewasa dan golongan berusia untuk mendapatkan maklumat berfakta di Malaysia. Manakala, aplikasi instagram pula jadi tumpuan golongan belia dan peniaga-peniaga untuk mempromosikan barang secara santai di Malaysia. 

Apabila berlakunya kejadian sistem down seperti semalam, sudah pasti "gelisah" itu wujud dengan ketara dalam kalangan rakyat Malaysia sebab 3 aplikasi ini merupakan 3 aplikasi utama yang masih digunakan rakyat Malaysia secara kerap. 

Mungkin betullah, sudah tiba masanya rakyat mengangkat aplikasi lain lebih tinggi dari 3 aplikasi mega ini kerana banyak kali aplikasi ini mengalami sistem down dan kerap kali gemar untuk mengubah polisi yang tidak "mesra pengguna". 

Sekian. 

#uniknyamalaysia

No comments:

Post a Comment

Jadikan 'kerja' tu bagai 'menyelesaikan masalah' harian

Apabila anda dah sampai tahap pengurusan, barulah sedar bahawa ketua di atas sebenarnya tidak peduli berapa banyak kerja yang anda buat, tet...

Di sini๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ