Search This Blog

Tuesday, 5 October 2021

Congkak❤️

 



Author : Nur Firdaus 

Bila sebut tentang permainan tradisional, pasti tidak asing dengan congkak. 

Congkak ialah sejenis pemainan tradisional yang terdiri daripada sebuah papan kayu (sekarang ada dah guna papan plastik), dalamnya kebiasaannya terdapat 14 lubang kecil dengan 2 lubang besar dan setiap satu lubang itu dipenuhi dengan 7 biji guli dengan jumlah keseluruhan biji guli yang perlu ada ialah sebanyak 98 guli. 

Awalnya, pemainan congkak ini dimainkan di atas tanah dengan membuat lengkungan dan diisi dengan biji. Namun, sesuai dengan peredaran masa, permainan ini berlaku evolusi dengan penciptaan papan congkak. 

Cara pemainannya ialah setiap pemain akan berhadapan dan bermula serentak dan mereka yang dianggap "mati" di lubang kosong perlu menunggu giliran pihak lawannya yang mati sama seperti dirinya. 

Penentuan kemenangan untuk pemainan congkak ini ditentukan berdasarkan jumlah guli yang berjaya dikumpul di lubang besar. Jika anda mempunya jumlah yang lebih besar berbanding pihak lawan anda sehingga guli "habis" bermakna anda dikira sebagai pemenang. 

Menariknya tentang pemainan congkak ini, ada satu kajian bertajuk "Permainan Congkak: Nilai dan Potensinya bagi Perkembangan Kognitif Anak" yang dilakukan oleh Dheka A Rusmana mendapati congkak mampu melahirkan anak-anak yang cekap berfikir dan mengira dengan pantas. 

Hal ini memang diakui. Kalau kau main sendiri congkak, strategi untuk pastikan kau menang dengan kemahiran mengira memang amat dititikberatkan bagi memastikan "kemenangan" berpihak pada kau. 

Sebab itu jugalah kenapa pemainan congkak ini terus berevolusi sehingga kini sudah mempunyai pemainan congkak di atas talian. 

Malah, disebabkan potensi yang ada pemainan congkak ini juga membawa kepada beberapa tadika di Malaysia menggunakan pemainan ini sebagai salah satu alat bantu mengajar dan alat bermain buat kanak-kanak. 

Perkara ini diakui sendiri oleh Puan 'Aisyah Rozalli yang bekerja sebagai Occupational Therapist dalam Majalah PAMA menggalakkan rumah yang mempunyai anak di usia tadika untuk mempunyai pemainan congkak bagi melatih koordinasi mata-tangan dan meningkatkan fokus visual dan fokus auditori. 

Jadi, daripada memilih anak-anak kecil bermain pemainan yang boleh "sakitkan mata" apakata kita berikan mereka pemainan yang lebih sihat untuk mereka. 

Selain itu juga , tindakan menggalakkan pemainan congkak ini pada generasi baharu juga mampu mengangkat nilai pemainan tradisional itu sendiri supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. 

Sekian. 



#uniknyamalaysia  

Kredit gambar: 
๐Ÿ“ธ flickr 
๐Ÿ“ธ PAMA
๐Ÿ“ธ Google


No comments:

Post a Comment

Jadikan 'kerja' tu bagai 'menyelesaikan masalah' harian

Apabila anda dah sampai tahap pengurusan, barulah sedar bahawa ketua di atas sebenarnya tidak peduli berapa banyak kerja yang anda buat, tet...

Di sini๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ