Search This Blog

Showing posts with label Makan Jer. Show all posts
Showing posts with label Makan Jer. Show all posts

Friday, 17 December 2021

Kafe rumah Kaca di Malaysia - Poppu Cafe


Poppu Cafe merupakan sebuah kafe yang berkonsepkan gaya moden dengan pilihan hiasan dalaman yang sangat menarik. Piihan material hitam, dinding kaca dan berlantaikan kayu menampakkan nilai exclusive dan cozy kafe ini. 

Poppu Cafe mula beroperasi pada tahun 2021 dengan menawarkan variasi menu makanan dan minuman yang lebih sihat dan memberikan lebih tenaga. Setiap menu disediakan segar di kafe untuk anda nikmati. 

Memahami bagaimana cara untuk memulakan hari yang indah, iaitu dengan secawan kopi yang baik; pemilik kafe ini telah mengadun sendiri ramuan kopi. Ini menambahkan lagi keistimewaan kopi di Poppu Cafe. Setiap cawan kopi dibrew dengan kasih sayang istimewa untuk para pelanggan. 

πŸ“·: FB Poppu Cafe 

Bagi anda yang inginkan kelainan, menikmati secawan kopi brew yang lazat dengan hidangan yang lebih sihat, kami syorkan anda ke kafe ini.

Bertempat di Jalan Layang-Layang, Puchong Jaya merupakan lokasi yang paling cocok untuk para gadis yang sedang ber'diet' menikmati kopi bersama teman.




Saturday, 13 November 2021

Pisang yang luar biasa ~ Pisang Biru~

 


🎈Fakta-Fakta Blue Java Banana atau Pisang Biru🎈

1. Berasal dari Hawai bermula tahun 1920an pokok pisang ini mula ditanam di sana. 

   - Sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika dan sejuk.

   - Pisang yang unik ini telah menarik perhatian ramai kerana memiliki warna kulitnya yang biru cerah.

  - buahnya mempunyai size yang besar iaitu sehingga 18cm panjang. 


2. Pisang ini juga dipanggil pisang aiskrim kerana rasanya yang creamy dan seolah perisa vanila dan teksturnya sangat lembut.

  - Rasanya yang sangat manis membuatkan pisang ini sesuai dijadikan perisa tambahan di dalam makanan atau dijadikan smoothies.


3. Walaupun kulitnya biru namun isinya berwarna krim lembut dan cerah sama seperti pisang biasa.


4. Mengandungi pelbagai vitamin dan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita seperti Kalium - membantu menjaga kesihatan jantung dengan menurunkan kadar tekanan darah. 

- Kaya Vitamin B6 yang sangat penting untuk kesihatan menyeluruh badan kita. 


5. Sangat cantik jika ditanam di halaman rumah kerana warna buahnya yang unik.

πŸ“Έ : Google 

*kesimpulan atau summary pada artikle yang min baca 😊 harap anda suke 😊 


πŸ”ŠJom LIKE dan SHARE❤️

Page 

https://www.facebook.com/WargaMypage/


group 

https://www.facebook.com/groups/1071348736563952/


Blog

https://topikattepi.blogspot.com/?m=1


Rujukan:

1. “5 Fakta Blue Java Banana, Pisang Biru dengan Rasa Seperti Es Krim” oleh Vini Kristiani pada 14hb May 2019.

2. “Heboh Pisang Jawa Biru, Fakta atau Hoaks?” oleh Asnida Riani pada 26hb Apr 2021.

3. “Mengenal "Blue Java", Pisang Biru nan Lembut, Rasa Es Krim Vanila” oleh Kamis pada 20hb Jul 2019.

4. “Buah Pisang Biru, Rasa Seperti Aiskrim Vanilla” oleh Aliffchannel pada 29hb May 2019.



Wednesday, 8 September 2021

"Jangan rasa takut pada kegelapan, bintang-bintang akan menerangimu”






Siapakah “bintang” dalam hidup semasa anda tersesat jalan dalam hidup😭

Siapa yang memberi anda galakan untuk bergerak ke hadapan apabila anda berada di tahap paling sukarπŸ€•

Siapa yang paling ingin anda berterima kasih dan menghadiahkan sesuatu yang bermakna dan istimewa masa pendamik ini.πŸ₯°


Pilihlah kotak Kuih bulan + tanglung ini🀩

“Set Kuih bulan Starry Night” 

sebagai tanda penghargaan atau kasih sayang anda kepada mereka.


Kotak hadiah dipilih biru gelap melambangkan langit biru di tengah malam, seolah anda sedang merenung langit malam dengan rasa kagumπŸ’™πŸ–€

🌟BINTANG berkelipan di langit umpama cahaya yang menujukan arah semasa anda mengalami kesesatan.🌟


Apa yang anda dapat dalam Kotak Kuih Bulan Starry Night?

1️⃣πŸ•―️ lilin yang boleh menyalakan kotak hadiah ini menjadi lampu meja atau tanglung. 

6️⃣ kuih bulan dengan perisa yang berbeza - memenuhi cita rasa orang yang berlainan. 

3️⃣ bungkus teh goji bunga kekwa  πŸ΅ - minuman yang menyihatkan dan menyegarkan.

✅ Tiada pengawet, halal diperakui 

✅ FREE delivery ke seluruh semenanjung Malaysia. 

πŸ“£πŸ“£πŸ“£

Tawaran yang istimewa jika anda beli 3 kotak ke atas πŸ€©πŸ€©


6️⃣ jenis kuih bulan termasuk;

🌟Siri Sarang Burung🌟

Kuih bulan burung durian berbulu x 1

Kuih Bulan Burung Lemon Hati x 1


🌟Siri Gula Tradisional🌟

Jade Telur Yelphine x 1

Pasir Arang Buluh Putih Lotus x1


🌟Siri moshi🌟

Kentang padanan kacang merah x 1

Susu macaroon gula hitam x 1


I nak pick up jer la…Tak ada masalah

πŸ’¬ anda boleh pick up Kotak kuih bulan di Tropicana Garden Mall, petaling Jaya.


Jangan tunggu lagi, tempah sekarang! Hantarlah kepada orang yang tersayang.


Jangan lupa berterima kasih kepada dirimu, kerana anda yang sudi melangkah ke arah harapan. Hadiah diri satu set kuih bulan jugak


Inbox kami untuk dapatkan butiran yang lebih lanjut lagi πŸ™

πŸ‘‰πŸΌDM Page WargaMy

https://www.facebook.com/WargaMypage/


Mari kita saksikan video unboxing kotak kuih bulan Starry Night🌟

Unboxing TIME

https://fb.watch/7Uh2xP0GrE/



#WargaMY #kuihbulan #mooncake #hadiah #giftidea #malaysia


Infografik  

Pin project & A thousand words by the Fame.


πŸ”ŠJom LIKE dan SHARE❤️

Page 

https://www.facebook.com/WargaMypage/


group 

https://www.facebook.com/groups/1071348736563952/


Blog

https://topikattepi.blogspot.com/?m=1



 




Tuesday, 17 August 2021

Korang kalau datang Johor, boleh bawa balik apa?

Author: Nur Firdaus

#BelanjaMakan 

Kalau korang datang Johor, aku suggest untuk kau singgah makan dan bawa balik Otak-Otak Johor ni. 

Otak-Otak merupakan makanan tradisional perkampungan nelayan. Kebiasan dahulu kala, otak-otak ni dijadikan sebagai makanan ringan di jamuan petang. 

Otak-otak ni diperbuat daripada isi ikan laut, biasanya menggunakan ikan tenggiri. Namun ada juga yang menggunakan ikan air tawar seperti tilapia merah, patin atau keli. 

Otak-otak yang telah disiap akan dibungkus dengan daun kelapa atau nipah. Kemudian dibakar di atas dapur arang. 

Kalau korang nak rasa kesedapan otak-otak ni aku suggest time panas-panas. Fuh, nyum nyum sahaja mampu diungkap. 

Oh yup, buat pengetahuan semua, makanan tradisi ini telah mengalami evolusi dengan pembungkusan bukan sahaja hanya menggunakan daun nipah atau kelapa, tetapi menggunakan popiah. 

Di Johor, ada banyak syarikat yang membuat otak-otak namun paling popular ialah Otak-Otak Kempas yang terletak di Kempas, JB. 

Kalau korang nak bawa balik otak-otak ni ke negeri masing-masing, aku suggest simpan di tempat yang bersuhu sejukbeku pada suhu -18 ° C hingga -30 ° supaya boleh bertahan selama sehingga sebulan. 

Bayangkan tengok gambar pun dah mengancam inikan pula makan. πŸ˜„πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜‹



Kredit gambar : Google 

#otakotak #kempas #uniknyamalaysia

Tuesday, 10 August 2021

Rare fruit in Malaysia #2 ~ Temponek

Author: Nur Firdaus 

While I posted about Tarap fruit, there was a friend from the Malaysian Heritage group request me to share about one of the ′′ rare ′′ fruits in Malaysia which is Temponek fruit.

Apparently this fruit is like jackfruit, even like cempedak also like tarap. The difference between this fruit is thorny outside like durian. But don't worry, this fruit durian is smooth and not as hard as durian durian.

Filling the fruit is orange, sour and sweet and seeds like a cempedak. There are also words that taste like mangosteen. If I ask me now, I don't know what it feels like because I haven't eaten this fruit before. Who knows if there's someone generously wants to treat me to this Temponek Alhamdulillah πŸ˜†πŸ˜œπŸ˜†

Oh yup, this fruit when young, is green yellow and when cooking is orange.

This fruit is very rare planted or sold anywhere in Malaysia. Normally, the place you can find this fruit tree is just low-priced rainforest or Indigenous settlement.

Because this fruit is too ′′ rare ′′ and worried about extinction in Malaysia, an initiative has been taken by the Terengganu government through the Terengggan State Forest Service by declaring Temponek fruit as one of the 32 fauna protection trees that cannot be cut down.

In fact, this tree has also been added to the list of 4100 trees to Taman Taman Tugu Negara as a result of cooperation between the Forestry Research Institute of Malaysia and the Malaysian Natural Lovers Association.

Other than this fruit can be eaten just like that, there are also Malaysians who make this temponek as a pengat. Some put temponek into bamboo and burned like burning lemang before eating. If asked whether it's delicious or not, I don't know. But look at the picture, wow, tiber-tiber of my appetite.

Anyway may this fruit continue to be fertile and bloom in this lucky land of earth. That's all.




#uniknyamalaysia 

Image Credit
πŸ“Έ Viral Collection
πŸ“Έ WWF-Malaysia


Saturday, 31 July 2021

Unik Sabah - Nasi Linopot


 Author: Nur Firdaus 

Sebabkan ada seorang junior aku ni masih belum boleh "Move On" dengan buah tarap, jadi untuk kalini aku nak hadiahkan kisah Nasi Linopot pula sebagai penawar. Harap-harap mujarablah perkongsian ni. πŸ˜‚


Linopot dalam bahasa Dusun membawa maksud bungkusan yang berasal daripada kata dasar "lopot" iaitu bungkus. 


Kalau anda perasan, Nasi Linopot ni ada macam-macam warna. Si pembuat letak warna ke? 


Jawapannya, tidak.


Perkara ini berlaku ada dua sebab iaitu pertama, dari segi tradisi, beras yang digunakan ialah beras padi huma/beras bukit. Beras ini selalunya ada yang berwarna merah, ungu dan perang. 


Kedua kerana nasi tersebut ada yang sudah digaul sekali dengan keladi (gu'ol) , labu manis (tawadak) atau ubi kayu (mundok). Jadi, tidak hairan kadangkala kita disajikan dengan pelbagai variasi warna Nasi Linopot ini. 


Kena ingat, tak semestinya Linopot ini perlu digaul sekali dengan keladi misalnya, sekadar menggunakan padi huma tanpa sebarang campuran pun sudah dikira ok. Tapi lagi padu kalau dicampurlah πŸ˜‚ (orang kata, kalau aku tak tahu sebab tak pernah rasa) 


Terdapat pelbagai jenis daun boleh digunakan untuk membungkus linopot antaranya ialah wonihan (daun wangi), punti (daun pisang), timadang ( tarap ) , kongkobung, kobu, telidus dan toropoi. 


Pemilihan daun ini juga berkait rapat dengan jenis dan tujuan pembuatan nasi ini. Hal ini kerana setiap daun itu mempunyai aromanya yang tersendiri. 


Misalnya, ada yang gemar menggunakan daun wonihan kerana daun ini besar, tidak mudah koyak dan mempunyai aroma yang harum. 


Jika nasi lemak dibungkus sekali nasi dengan lauknya. Linopot ni tidak dibuat begitu. Hanya nasinya sahaja yang dibungkus. 


Cumanya, Nasi Linopot ini tidak lengkap tanpa kombinasi lauk-lauk tradisional. Dan mengikut tradisi, kombinasi lauk tersebut perlulah dalam bilangan ganjil dan paling minima ialah 3 lauk. 


Antara lauk-lauk tradisional yang popular dikaitkan dengan Nasi Linopot seperti Tuhau, bosou, taduk, jeruk bambangan dan ikan masin yang digoreng. 


Sayangnya, aku tidak sempat menikmati Nasi Linopot ni semasa di Sabah. Cuma sempat juga merasa tarap walaupun sekali.


Mana tahu kalau jejakkan kaki semula ke Sabah, boleh aku mencuba nasi ini. 


#uniknyamalaysia 





Kredit gambar 

πŸ“Έ Arkib Negeri Sabah  

πŸ“Έ Rumah Pangi, Kadazandusun's Cultural Village

Friday, 30 July 2021

" Eh? Buah apa tu? Muka macam buah Cempedak je. Bukan buah nangka ke ni? #1




Author: Nur Firdaus 

Jika durian jadi pilihan penggemar buah tempatan terutama di Semenanjung Malaysia sehingga digelar sebagai "Raja Buah", berbeza pula situasinya jika anda menjejakkan kaki ke Borneo terutama di Sabah. Penduduk di sini lebih menggemari buah tarap atau nama lainnya timadang berbanding durian. 


" Eh? Buah apa tu? Muka macam buah Cempedak je. Bukan buah nangka ke ni? 


Yup betul. Bagi mereka yang "first time nampak" akan keliru dengan buah ini. Memang sekali pandang seakan-akan nangka atau cempedak tapi ada beberapa cara untuk membezakannya. 


Kalau melihat kepada bentuk fizikalnya, buah ini lebih bulat daripada buah nangka dan cempedak selain buah tarap juga isinya berwarna putih susu berbeza dengan buah nangka atau cempedak yang berwarna kekuningan. 


Buah tarap yang sudah masak boleh dikopek hanya menggunakan tangan anda sahaja tanpa perlu menggunakan alat bantu lain untuk mengopeknya. Buah ini juga apabila masak mengeluarkan haruman wangian yang kuat sama macam durian. Jadi kalau nak sorok buah ni untuk makan sorang susahlah πŸ˜‚


Selain buah ini manis dimakan begitu sahaja, buah tarap juga sesuai dibuat cucur sama seperti cempedak jika disalut dengan tepung gandum. 


Kalau tanya soal harga, kalau anda singgah di Sabah hanya sekitar Rm 5 sehingga Rm 10.  Jadi kalau yang belum pernah mencuba, mungkin ini boleh masuk dalam list anda ok? 😁 Sekian.

#uniknyamalaysia 



Kredit Gambar; 

πŸ“ΈRoddar

πŸ“ΈSabah Bah

Jadikan 'kerja' tu bagai 'menyelesaikan masalah' harian

Apabila anda dah sampai tahap pengurusan, barulah sedar bahawa ketua di atas sebenarnya tidak peduli berapa banyak kerja yang anda buat, tet...

Di siniπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ