Poppu Cafe merupakan sebuah kafe yang berkonsepkan gaya moden dengan pilihan hiasan dalaman yang sangat menarik. Piihan material hitam, dinding kaca dan berlantaikan kayu menampakkan nilai exclusive dan cozy kafe ini.
Poppu Cafe mula beroperasi pada tahun 2021 dengan menawarkan variasi menu makanan dan minuman yang lebih sihat dan memberikan lebih tenaga. Setiap menu disediakan segar di kafe untuk anda nikmati.
Memahami bagaimana cara untuk memulakan hari yang indah, iaitu dengan secawan kopi yang baik; pemilik kafe ini telah mengadun sendiri ramuan kopi. Ini menambahkan lagi keistimewaan kopi di Poppu Cafe. Setiap cawan kopi dibrew dengan kasih sayang istimewa untuk para pelanggan.
Bagi anda yang inginkan kelainan, menikmati secawan kopi brew yang lazat dengan hidangan yang lebih sihat, kami syorkan anda ke kafe ini.
Bertempat di Jalan Layang-Layang, Puchong Jaya merupakan lokasi yang paling cocok untuk para gadis yang sedang ber'diet' menikmati kopi bersama teman.
No comments:
Post a Comment