Search This Blog

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Monday, 28 March 2022

Jom bersantai kat Cyberjaya!!!


 1. Taman Tasik Cyberjaya

Taman ini merupakan tempat penduduk Cyberjaya menjalani aktiviti riadah setiap hujung minggu.

Dengan landskap yang indah, tempat ini ideal untuk berkelah, berjoging dan bersantai bersama rakan-rakan. 

Kadang kala , MP Sepang akan menjalankan beberapa aktiviti menaik taraf di sekitar kawasan itu, oleh itu sesiapa yang ingin melawat perlu mengambil perhatian.


Alamat: Taman Tasik Cyberjaya, Persiaran Semarak Api, Cyber 4, Cyberjaya, 63000, Selangor 

Waktu Pembukaan: 7a.m. – 7p.m.

Yuran masuk: Percuma






2. Taman Mini Cyberjaya 

Taman kecil ini juga ideal untuk berkelah dan aktiviti rekreasi seperti berjoging. 

Taman ini berlokasi strategik di tengah-tengah Cyberjaya.


Alamat: 65, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Yuran masuk: Percuma





3. Cyberjaya Lakeside 

Dengan matahari terbenam dan matahari terbit yang indah, tempat ini menawarkan landskap tepi tasik yang menakjubkan.

Tempat ini popular dengan aktiviti rekreasi seperti berjoging, berkelah, berbasikal dan aktiviti e-skuter.


Sumber: https://youtu.be/r3Df2J0lZg4


Alamat: Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Pembukaan: 7a.m. – 7p.m.

Yuran masuk: Percuma






4. Taman Awam Cyber 3, Cyberjaya 

Netizen namakan taman ni sebagai <Hutan kecil aka mini jungle> πŸ‘πŸΌπŸ˜Š 

Taman ini terletak di kawasan Garden Residences berhampiran Presint 11, Putrajaya. Taman ini juga merupakan tempat yang ideal untuk berjoging dan mendaki sambil menikmati pemandangan indah di sekelilingnya.


Alamat: Cyberjaya, 62000 Cyberjaya, Selangor 

Waktu Pembukaan: 7a.m. – 7p.m.

Yuran masuk: Percuma







Semua foto dan info adalah rujukan info, sila beritahu kami jika ia telah melanggar hak milik. Terima kasih.

Wednesday, 20 October 2021

Badminton πŸ‡²πŸ‡Ύ - Koo Kien Kiat

Penulis: Nur Firdaus 

Siapakah pemain tempatan paling berjaya dalam Kejohanan Badminton Terbuka Denmark? 

Kalau kau tanya aku, aku akan letakkan Koo Kien Kiat sebagai pemain badminton Malaysia paling berjaya dalam kejohanan badminton itu. 


Kenapa? 

Sebab, sepanjang kejohanan Badminton Terbuka Denmark, Koo Kien Kiat telah berjaya menjadi juara kejohanan tersebut sebanyak 3 kali. 

Ketiga-tiga itu beliau rangkul dalam acara Berpasangan Lelaki.

Kali pertama beliau menjadi juara dalam kejohanan Terbuka Denmark ialah pada tahun 2005 sewaktu dipasangkan dengan Chan Chong Min. 

2 tahun kemudian, beliau bersama pasangannya yang baharu iaitu Tan Boon Heong merangkul kejuaraan untuk tahun 2007. 

Bersama dengan Tan Boon Heong juga, beliau berjaya merangkul kejuaraan ini pada tahun 2009. 

Jadi tidak salah untuk aku meletakkan Koo Kien Kiat sebagai pemain paling berjaya Malaysia dalam Terbuka Denmark berdasarkan pencapaian beliau dalam kejohanan tersebut. 

#uniknyamalaysia



Saturday, 2 October 2021

Hangat Badminton - Piala Sudirman

πŸ‘πŸΌSelamat pulang penulis kami Encik Nur Firdaus πŸ‘πŸΌ

Semalam merupakan satu debaran buat semua. 

Mana taknya, hingga ke perlawanan ke 5 baru tahu siapakah yang layak ke peringkat separuh  Akhir  Badminton Piala Sudirman. 

Buat pengetahuan semua, Piala Sudirman merupakan piala badminton campuran dunia yang diadakan 2 tahun sekali. 

Kejohanan ini berbeza dengan piala Thomas untuk lelaki dan Uber untuk perempuan. 

Nama Piala Sudirman ini diambil sempena nama pemain lagenda badminton Indonesia iaitu Dick Sudirman yang juga merupakan pengasas kepada Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI). 

Setakat rekod, piala ini didominasi oleh China dengan pemegang rekod kejuaraan sebanyak 11 kali diikuti Korea Selatan (4 kali) dan Indonesia (1 kali). 

Setakat rekod Malaysia dalam kejohanan ini,  skuad badminton Malaysia belum pernah mara ke peringkat akhir. 

Paling membanggakan ialah pada tahun 2009 di Guangzhou iaitu berjaya ke peringkat separuh akhir. 

Kini, sejarah tercipta semula apabila Malaysa layak ke peringkat ke separuh akhir buat kali kedua.

Pertemuan dengan naib juara kejohanan edisi 2019 iaitu Jepun pasti akan memberikan debaran luarbiasa di peringkat separuh akhir nanti. 

Apa-apapun , sama-sama kita "sembahyang kuat" supaya tahun 2021 ini, kejohanan ini jadi milik Malaysia buat kali pertama. 

Chaiyok. πŸ’ͺ🏻

 #uniknyamalaysia 





Kredit gambar 

πŸ“Έ Google

Sunday, 5 September 2021

KETIDAKSEMPURNAAN BUKAN KELEMAHAN





Author: Nur Firdaus

Betapa terharu aku melihat detik-detik cemas semangat dan perjuangan atlet paralimpik negara. 


Mereka berjuang bukan sekadar mengisi masa lapang, perbaiki catatan peribadi atau sekadar datang untuk berhibur dan berbelanja. 


Mereka datang membawa AMANAT negara. 


Datang membawa HARAPAN DAN SANDARAN 3 pingat Emas. 


Setiap detik yang dipamerkan aksi mereka di dalam sukan Paralimpik 2020 meskipun ada yang tidak berjaya menyumbang pingat, namun aksi mereka dan kesungguhan yang ditunjukkan sangat luarbiasa hebat. 


Mereka ini wira yang sanggup berkorban demi lencana di dada. 


Ada yang sanggup menghabiskan zaman remaja dan berpisah dengan keluarga untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk negara. 


Ada dalam kalangan mereka pernah diejek "Tidak Berguna" akhirnya datang ke paralimpik sebagai juara. 


Dan ada pula yang menghadiahkan pingat emas dengan sakit dan derita sebagai pengakhiran bermakna mencapai misi KBS 3 pingat emas yang disandarkan. 


Terima kasih atlet paralimpik. 


Semoga anda terus berjaya diluar sana. 


#uniknyamalaysia


 

Saturday, 4 September 2021

Pemain bolasepak yang terkenal masa kini ~ CR7, tetapi jangan lupa pemegang rekod dunia adalah Dato' Soh Chin AnnπŸ‘πŸΌ

 

Author: Nur Firdaus 

Dengan dua jaringan Cristiano Ronaldo keatas Ireland dalam kelayakkan Piala Dunia yang lalu, akhirnya beliau menjadi Penjaring Terbanyak Antarabangsa Dunia Sepanjang zaman dengan jumlah gol sebanyak 111 gol mengatasi Ali Daei dari Iran dengan jumlah gol sebanyak 109. 


Kini, Cristiano Ronaldo sedang memburu satu lagi rekod peribadi yang sekarang ini masih dipegang oleh Dato' Soh Chin Ann iaitu Penampilan Antarabangsa Terbanyak Dunia oleh FIFA Century Club dengan jumlah cap kebangsaan sebanyak 195 berbanding Ronaldo yang baru mempunyai 180 cap. 

Eh jap, seriuslah pemain Malaysia sekarang yang pegang Penampilan Antarabangsa Terbanyak Dunia? 

Yup, serius. Beliau ialah Dato' Soh Chin Ann bukan Chin Aun tau sebab ramai yang tersilap eja namanya. Beliau juga digelar sebagai "tauke" oleh rakan sepasukannya. 

Beliau memulakan karier bola sepaknya pada tahun 1969 bersama Melaka FA pada usia 19 tahun sebelum berpindah ke Selangor FA pada tahun 1974. 

Beliau merupakan pemain termuda yang menjadi pemain kebangsaan semasa Malaysia menang keatas Korea semasa kelayakkan Olimpik 1972 di Munich iaitu pada usia 21 tahun. 

Beliau pernah menjadi kapten skuad kebangsaan pada tahun 1975 sehingga 1984. Kejayaan yang pernah dibawa beliau semasa bersama skuad kebangsaan sebagai ketua pasukan termasuklah kejayaan membawa pingat gangsa dalam Sukan Asia di Tebran pada tahun 1974. 

Antara momen yang tidak dapat dilupakan saat pusingan kelayakkan Olimpik Moscow 1980. Meskipun sudah tahu Malaysia memang tidak akan menghantar wakil ke Sukan Olimpik tersebut kerana boikot isu serangan keatas Afghanistan, namun kesungguhan skuad ini dalam memastikan mereka layak untuk ke temasya dunia itu wajar dipuji. 

Sehinggakan kisah ini diceritakan semula dalam Filem Box Office,  Ola Bola hasil pengarang Keng Guan Chiu. 

Ketika ditanya tentang rahsia kejayaan beliau dan pasukan untuk melayakkan diri ke Olimpik. Katanya: 

" apa yang paling penting ialah jika kita boleh bekerjasama untuk capai sesuatu yang kita mahu, itulah yang akan menjadi diri kita sekarang, dan itu jugalah rahsia kemenangan kami dalam kelayakkan Olimpik Moscow 1980". 



#uniknyamalaysia 

Kredit gambar;
πŸ“Έ Word Bizz
πŸ“ΈThe Star

Thursday, 19 August 2021

Apa itu Piala Uber?


 Author: Nur Firdaus 

Jika Piala Thomas untuk kategori badminton berkumpulan lelaki, Piala Uber pula untuk badminton kategori berkumpulan wanita. 


Tahun ini, skuad badminton wanita Malaysia diletakkan di dalam kumpulan D bersama-sama dengan China, Denmark dan Kanada. 


Buat pengetahuan semua, Piala Uber ini dinamakan sempena pemain badminton perempuan England bernama H.S. Uber selepas menghadiahkan piala untuk diadakan kejohanan besar ini pada tahun 1950. 


Meskipun demikian, permintaan ini awalnya ditolak disebabkan faktor kewangan. Namun, perkara ini tidak berhenti di situ apabila pada tahun 1953 akhirnya BWF bersetuju untuk mengadakan kejohanan berpasukan badminton wanita terbesar dunia ini bermula pada tahun 1956-1957. 


Awalnya, kejohanan ini diadakan 3 tahun sekali. Namun, bermula tahun 1984, kejohanan ini diadakan secara dwitahunan selepas piala ini dijalankan sekali bersama dengan Piala Thomas. 


Kejohanan ini pertama kali diadakan di Lanchashire, England dan Amerika Syarikat menjadi juara sulung kejohanan ini selepas menewaskan Denmark 6-1. 


Berbeza dengan Piala Thomas, Malaysia dalam Piala Uber agak kurang menyerlah. Sepanjang penyertaan Malaysia dalam Piala Uber, pencapaian tertinggi ialah berada di peringkat suku akhir iaitu pada tahun 2004, 2008 dan 2010.


Namun demikian, jangan anggap ni sebagai satu halangan untuk mencapai tahap tertinggi. Hari ini adalah hari baharu. Semalam anggap sebagai kenangan dan teladan bukan mimpi ngeri yang boleh dibuai-buai angan-angan kegagalan. Teruskan positif. 


Apa-apapun, selamat maju jaya skuad badminton wanita negara dalam Piala Uber . 


#uniknyamalaysia 



Kredit gambar; 

πŸ“ΈAstroawani 

πŸ“ΈBerita Harian 

πŸ“Έ Harian Metro

Wednesday, 18 August 2021

Piala Thomas Badminton

Author: Nur Firdaus 
Baru tadi selesai pengundian Piala Thomas Badminton dilakukan. 

Skuad badminton Malaysia diundi bersama dengan Jepun, Kanada dan England. 

Kejohanan ini akan diadakan bermula pada 9-17 Oktober ini di Aarhus, Denmark. 

Buat pengetahuan semua, kejohanan Piala Thomas ini merupakan kejohanan badminton berpasukan lelaki yang diambil sempena nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas. 

Kejohanan ini pertama kali berlangsung pada tahun 1948-1949 di Queen's Hall, Preston, England. 

Menariknya, juara edisi pertama kejohanan ini dimenangi oleh negara kita sendiri iaitu Malaya ( sebelum menggunapakai secara rasmi nama Malaysia pada tahun 1963) menewaskan Denmark 8-1. 

Untuk rekod penyertaan Malaysia/Malaya di Piala Thomas, sebanyak 5 kali Malaysia berjaya merangkul kejuaraan kejohanan Piala Thomas iaitu pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan kali terakhir ialah pada tahun 1992 selain berjaya mendapat tempat kedua kejohanan ini sebanyak 9 kali ( 1958, 1970, 1976, 1988*, 1990, 1994, 1998, 2002, 2014). 

Sebab itu jugalah mengapa, Malaysia dianggap sebagai salah satu negara gergasi dunia di kejohanan ini selain skuad badminton Indonesia (13 kali juara) dan China ( 9 kali juara) kerana rekod cemerlang dan kejayaan sebelum-sebelum ini. 

Meskipun demikian, ini bukanlah tiket untuk berasa "selesa" kerana pencapaian Olimpik baru-baru ini dari skuad badminton Taiwan, China dan Indonesia menunjukkan aksi yang lebih cemerlang berbanding skuad negara.  Oleh itu, wajar untuk skuad badmintom negara ambil ini sebagai satu cabaran serius untuk mencapai kejayaan. 

Mana tahu rezki Juara 1992 berulang. Sama-sama kita nantikan. 

Skuad Piala Thomas 1992 - NST

Skuad Piala Thomas 1949 - The Star

Skuad Piala Thomas 1952 - Olympic Council of Malaysia

Skuad Piala Thomas 1955 - Olympic Council of Malaysia

Skuad Piala Thomas 1967 - Olympic Council of Malaysia


#uniknyamalaysia 

Kredit Gambar ; 
πŸ“Έ NST 
πŸ“Έ The Star 
πŸ“Έ Olympic Council of Malaysia

Wednesday, 11 August 2021

Pemain sejati Kedah ~ Baddrol Baktiar


Author: Nur Firdaus

Pasti ramai fan Barcelona bersedih dengan pemergian Lionel Messi ke PSG selepas kelab Barcelona "terpaksa" melepaskan beliau. 

Semasa majlis perpisahan Lionel Messi dan Barcelona, boleh nampak jelas betapa sayangnya Lionel Messi terhadap kelab tersebut. Jiwanya ada pada Barcelona. Namun, pemergian ini adalah langkah terbaik demi "survival" Barcelona. 

Benarlah orang kata. Tak semua pemain di dunia bermain hanya kerana "wang" atau tawaran kelab lebih hebat. Ada dalam kalangan pemain yang sanggup "mengabdikan" dirinya untuk kelabnya meskipun banyak kontroversi dan tawaran lebih baik dari kelab lain. 

Perkara ini mengingatkan aku tentang seorang pemain tempatan bernama Baddrol Baktiar. Beliau merupakan pemain "sejati kedah". Bermula dengan diserap masuk dari skuad presiden Kedah tahun 2006/2007 ke skuad senior, beliau tidak terus diberi peluang untuk beraksi kerana saingannya K Soley selalu menjadi tumpuan skuad utama. 

Beliau kemudiannya diberi peluang untuk beraksi selepas perpindahan K Soley ke Perlis tahun 2007 sebagai pemain utama.  

Sepanjang karier Baddrol Bakhtiar, beliau menjadi penjaring terbanyak setakat ini di Kedah dengan mencecah 116 Gol setakat 2019 . 

Kejayaan terbesar beliau dalam kelab ialah berjaya membawa kedah sebagai pasukan double treble iaitu pada tahun 2006/2007 dan 2007/2008.  

Beliau juga merupakan pemain yang berjaya membawa skuad Kebangsaan B23  menjuarai pingat Emas Sukan SEA bukan 2 edisi berturut-turut selepas menjadi "hero" kepada skuad kebangsaan dalam penentuan penalti. 

Kejayaan-kejayaan ini telah membawa beliau cuba "dipinang" oleh pasukan-pasukan tempatan mahupun luar negara. Antara pasukan luar yang sangat tertarik dengan beliau sejurus kemenangan Malaysia dalam sukan SEA tersebut ialah Pelita Jaya sebuah kelab yang pernah dimasukki oleh Safee Sali. 

Tapi, baddrol memilih untuk setia pada kelabnya. Meskipun selepas kejatuhan Kedah ke Liga Perdana pada tahun 2013, dan kebanyakkan rakan-rakannya telah beralih ke kelab lain yang lebih "menjanjikan", baddrol memilih untuk setia sehinggalah Kedah berjaya masuk semula ke Liga Super hingga harini. 

Satu kata-kata yang buat aku tersentuh saat ditanya kenapa beliau tidak memilih untuk berpindah ke kelab lain yang boleh beri tawaran lebih baik dari Kedah itu sendiri. Jawapan beliau ialah, 

" Jiwa Saya masih di Kedah." 


#uniknyamalaysia 

Kredit gambar; 

πŸ“Έ Berita Harian 

πŸ“Έ Blogspot.


 

Tuesday, 10 August 2021

Destinasi ke Olimpik P4ris 2O24



 

Olimpik  Tokyo 2o2o tamat akhirnya…
Tahniah dan berterima kasih kepada pasangan regu lelaki 🏸 negara  Aaron Chia & Soh Wooi Yik kerana menyumbangkan pingat gangsa dan Datuk Azizulhasni Awang menyumbang pingat Perak dalam acara berbasikal kierin lelaki🀩🀩

Selain Daripada itu, Malaysia mempunyai  22 atlet  akan mewakili Malaysia untuk berjuang dalam Sukan Paralimpik Tokyo. Pertandingan akan bermula pada 24 Ogos sehingga 5 Sept ini, Ayuh rakyat Malaysia, kita berikan sokongan penuh untuk pasukan Paralimpik Negara....Malaysia BOLEHπŸ’ͺ🏼


Berikut merupakan barisan Atlet Negara Ke Sukan Paralimpik Tokyo.

Olahraga: Abdul Latif Romly; Muhammad Ziyad Zokefli; Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi; Wong Kar Gee; Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin


Berbasikal: Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin; Muhammad Hafiz Jamali; Zuhairie Ahmad Tarmizi; Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais; Nurul Suhada Zainal


Renang: Brenda Anelia; Muhammad Nur Syaiful Zulkefli; Jamery Siga


Memanah: S. Suresh; Wiro Julin


Badminton: Cheah Liek Hou; Didin Terasoh


Boccia: Chew Wei Lun


Powerlifting: Bonnie Bunyau Gustin; Jong Yee Khie


Ping Pong: Chee Chaoming


Tenis Kerusi Roda: Abu Samah Borhan.


Sumber: Astro awani 

Mari kita ✈️✈️✈️✈️ Ke Paris dan melawat ke tempat-tempat menarik yang sudah bersiap-sedia untuk menanti kedatangan OLIMPIK 2O24. 

Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan lambang baru mereka.


Hanya Satu Lambang digunakan untuk Olimpik dan Paralimpik Paris buat julung kalinya.

Sukan Olimpik dan Paralimpik mewakili 2 bahagian besar daripada projek sama, yang diwakili oleh satu lambang yang sama malah berkongsi visi yang sama iaitu Sukan Mengubah Kehidupan.

Pada tahun 2023, Pihak penganjur akan membuka tawaran seluruh dunia untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan OLIMPIK 2024.
Pelbagai Jawatan dan peranan yang ditawarkan nanti.
Klik link di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut dari pihak penganjur ..
πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ

Semoga Pasukan Malaysia akan lebih cemerlang di Olimpik 2024 nanti. 

Demi Malaysia...Malaysiaku...Malaysia Boleh!!!

Mari Kita mulakan perjalanan ke PARIS..JOM…





πŸ“· FB Paris 2024 

Jadikan 'kerja' tu bagai 'menyelesaikan masalah' harian

Apabila anda dah sampai tahap pengurusan, barulah sedar bahawa ketua di atas sebenarnya tidak peduli berapa banyak kerja yang anda buat, tet...

Di siniπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ