Search This Blog

Wednesday, 11 August 2021

Pemain sejati Kedah ~ Baddrol Baktiar


Author: Nur Firdaus

Pasti ramai fan Barcelona bersedih dengan pemergian Lionel Messi ke PSG selepas kelab Barcelona "terpaksa" melepaskan beliau. 

Semasa majlis perpisahan Lionel Messi dan Barcelona, boleh nampak jelas betapa sayangnya Lionel Messi terhadap kelab tersebut. Jiwanya ada pada Barcelona. Namun, pemergian ini adalah langkah terbaik demi "survival" Barcelona. 

Benarlah orang kata. Tak semua pemain di dunia bermain hanya kerana "wang" atau tawaran kelab lebih hebat. Ada dalam kalangan pemain yang sanggup "mengabdikan" dirinya untuk kelabnya meskipun banyak kontroversi dan tawaran lebih baik dari kelab lain. 

Perkara ini mengingatkan aku tentang seorang pemain tempatan bernama Baddrol Baktiar. Beliau merupakan pemain "sejati kedah". Bermula dengan diserap masuk dari skuad presiden Kedah tahun 2006/2007 ke skuad senior, beliau tidak terus diberi peluang untuk beraksi kerana saingannya K Soley selalu menjadi tumpuan skuad utama. 

Beliau kemudiannya diberi peluang untuk beraksi selepas perpindahan K Soley ke Perlis tahun 2007 sebagai pemain utama.  

Sepanjang karier Baddrol Bakhtiar, beliau menjadi penjaring terbanyak setakat ini di Kedah dengan mencecah 116 Gol setakat 2019 . 

Kejayaan terbesar beliau dalam kelab ialah berjaya membawa kedah sebagai pasukan double treble iaitu pada tahun 2006/2007 dan 2007/2008.  

Beliau juga merupakan pemain yang berjaya membawa skuad Kebangsaan B23  menjuarai pingat Emas Sukan SEA bukan 2 edisi berturut-turut selepas menjadi "hero" kepada skuad kebangsaan dalam penentuan penalti. 

Kejayaan-kejayaan ini telah membawa beliau cuba "dipinang" oleh pasukan-pasukan tempatan mahupun luar negara. Antara pasukan luar yang sangat tertarik dengan beliau sejurus kemenangan Malaysia dalam sukan SEA tersebut ialah Pelita Jaya sebuah kelab yang pernah dimasukki oleh Safee Sali. 

Tapi, baddrol memilih untuk setia pada kelabnya. Meskipun selepas kejatuhan Kedah ke Liga Perdana pada tahun 2013, dan kebanyakkan rakan-rakannya telah beralih ke kelab lain yang lebih "menjanjikan", baddrol memilih untuk setia sehinggalah Kedah berjaya masuk semula ke Liga Super hingga harini. 

Satu kata-kata yang buat aku tersentuh saat ditanya kenapa beliau tidak memilih untuk berpindah ke kelab lain yang boleh beri tawaran lebih baik dari Kedah itu sendiri. Jawapan beliau ialah, 

" Jiwa Saya masih di Kedah." 


#uniknyamalaysia 

Kredit gambar; 

๐Ÿ“ธ Berita Harian 

๐Ÿ“ธ Blogspot.


 

No comments:

Post a Comment

Jadikan 'kerja' tu bagai 'menyelesaikan masalah' harian

Apabila anda dah sampai tahap pengurusan, barulah sedar bahawa ketua di atas sebenarnya tidak peduli berapa banyak kerja yang anda buat, tet...

Di sini๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ