#BelanjaMakan
Kalau korang datang Johor, aku suggest untuk kau singgah makan dan bawa balik Otak-Otak Johor ni.
Otak-Otak merupakan makanan tradisional perkampungan nelayan. Kebiasan dahulu kala, otak-otak ni dijadikan sebagai makanan ringan di jamuan petang.
Otak-otak ni diperbuat daripada isi ikan laut, biasanya menggunakan ikan tenggiri. Namun ada juga yang menggunakan ikan air tawar seperti tilapia merah, patin atau keli.
Otak-otak yang telah disiap akan dibungkus dengan daun kelapa atau nipah. Kemudian dibakar di atas dapur arang.
Kalau korang nak rasa kesedapan otak-otak ni aku suggest time panas-panas. Fuh, nyum nyum sahaja mampu diungkap.
Oh yup, buat pengetahuan semua, makanan tradisi ini telah mengalami evolusi dengan pembungkusan bukan sahaja hanya menggunakan daun nipah atau kelapa, tetapi menggunakan popiah.
Di Johor, ada banyak syarikat yang membuat otak-otak namun paling popular ialah Otak-Otak Kempas yang terletak di Kempas, JB.
Kalau korang nak bawa balik otak-otak ni ke negeri masing-masing, aku suggest simpan di tempat yang bersuhu sejukbeku pada suhu -18 ° C hingga -30 ° supaya boleh bertahan selama sehingga sebulan.
Bayangkan tengok gambar pun dah mengancam inikan pula makan. πππππ
Kredit gambar : Google
#otakotak #kempas #uniknyamalaysia


No comments:
Post a Comment