
Author: Nur Firdaus
"Dasar anak bertuah, mana orang tak datang meminang, cara pakai batik pun salah.
Ada ke patut kepala kain dipakainya di belakang." - kata Mak Kuntum pada Mawar.
Aik, batik pun ada cara pemakaian dia tersendiri?
Yup, buat pengetahuan semua, inilah salah satu keunikan yang ada di Malaysia. Cara pemakaian batik menentukan status seseorang.
Spoiler Alert!! π cara pemakaian ini BUKAN batik baju, tapi batik kain sarung ok π
Sedikit sejarah ringkas tentang batik. Batik dikatakan diperkenalkan kepada Sultan Mahmud sejak abad ke 17 lagi apabila baginda mengarahkan Hang Nadim untuk mencari 140 kain serasah (batik) dengan 40 jenis bunga yang berbeza.
Hang Nadim belayar ke India untuk mendapatkan kain serasah tetapi tidak menemuinya. Jadi sebagai solusi, beliau telah membuat serasah sendiri tetapi malang tidak berbau, kapal yang dibawanya telah karam dalam perjalanan pulang dan hanya berjaya membawa pulang 4 kain sahaja.
Pada alam moden, batik di Malaysia antara yang terawal diperkenalkan oleh Haji Che Su Bin Haji Ishak di negeri Kelantan pada tahun 1910 yang memulakan perusahaan batik bermula 1911 di Kampung Long Gajah Mati, Kota Bahru. Selepas tahun 1926, kemasukkan pewarna Kimia daripada Eropah telah menyebabkan Industri batik berkembang luas. Antara jenis batik yang diperkenalkan ialah Batik pelangi dan Batik Blok.
Selain Che Su, antara tokoh awal batik ialah Haji Ali Bin Ismail daripada Terengganu. Beliau menggunakan Batik Blok Kayu dan Blok Tembaga yang dipengaruhi daripada Batik Jawa. Perusahaan beliau dimulakan di Kampung Hiliran, Terengganu dan pada tahun 1950, beliau mempunyai sekitar 200 pekerja.
Eh panjang pula kisah sejarah, dah-dah kita balik semula pada persoalan awal
Buat pengetahuan semua cara pemakaian kain batik ini terbahagi kepada 4 maksud iaitu ;
1) Kepala kain di belakang - sudah kahwin
2) Kepala kain di hadapan - anak dara
3) Kepala kain sebelah kiri - bercerai mati (balu)
4) Kepala kain sebelah kanan - bercerai hidup (janda)
Macam mana nak tahu itu kepala kain?
Kepala kain biasanya dihiasi dengan motif pucuk rebung iaitu mengandungi motif bunga di kedudukan dalamnya. Nak mudah, nampak gerigi memanjang kiri kanan tu satu bahagain hah tulah kepala kain. (Tak faham juga nanti rujuk gambar bawah ππ).
Walaupun ini panduan adat melayu, tapi ramai sekarang main redah sahaja asal pakai ππππ
#uniknyamalaysia
Kredit gambar;
πΈ Says
πΈ Memosfrom.com




No comments:
Post a Comment