Penulis: Nur Firdaus
Mungkin ada yang tak tahu, kalau nak datang sabah atau sarawak untuk tempoh yang lama ( 2 bulan ) perlu buat Dokumen Perjalanan Terhad ( DPT ).
Kalau sekadar cuti sekejap untuk tujuan melancong atau melawat keluarga mertua misalmya, cukup sekadar membawa kad pengenalan sahaja. Pihak imigresen di Lapangan Terbang akan memberikan sekeping resit untuk anda simpan dan pulangkan semula semasa balik.
Cuma sedikit kelonggaran jika di Sabah ( selagi kerajaan Sabah belum ketatkan), selepas menjadi "student" sana, cukup sekadar membawa kad matrik dan kad pengenalan sahaja. Asalkan kad matrik tu belum tamat tempoh.
Bagaimana cara nak buat DPT ini?
1. Bawa Dokumen berkaitan iaitu;
- kad pengenalan.
- surat sokongan ( surat kerja, tawaran belajar ).
- gambar passport ( warna background putih) .
2. Pergi ke pejabat Imigresen bahagian passport dan cakap nak buat DPT.
Tempoh masa DPT ini cuma bertahan 5 tahun dan bayaran yang dikenakan ialah sebanyak Rm 5 sahaja.
#uniknyamalaysia
No comments:
Post a Comment