Search This Blog

Wednesday, 4 August 2021

Ratu Terjun - Pandelela Rinong Anak Pamg

Author: Nur Firdaus 

Selepas pingat gangsa tunggal dihadiahkan skuad badminton oleh pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia/Soh Wooi Yik, tumpuan rakyat Malaysia sekarang beralih kepada ratu terjun negara iaitu Pandalela Rinong dalam acara 10 meter platform wanita yang akan berlangsung bermula 4 Ogos.  

Sepanjang penyertaan beliau di Olimpik sejak tahun 2008, Pandalela merupakan atlet paling berjaya selepas Datuk Lee Chong Wei yang telah berjaya membawa 2 pingat di temasya Olimpik iaitu gangsa bagi acara 10 meter platform wanita (2012) dan perak dalam acara 10 meter platform seirama wanita (2016). 

Semasa pingat pertama Olimpik beliau iaitu di Olimpik London tahun 2012, umur beliau baru sahaja berusia 19 tahun. Beliau juga merupakan wanita pertama sepanjang Malaysia menyertai Olimpik yang membawa bendera jalur gemilang mengetuai kontingen Malaysia di pembukaan Olimpik pada tahun yang sama iaitu 2012 dan merupakan wanita pertama negara yang berjaya membawa pulang pingat dari temasya Olimpik. 

Meskipun pada penampilan beliau bersama Leong Mun Yee pada 27 Julai lalu dalam acara 10 meter platform seirama wanita tidak berjaya membawa pulang pingat dengan hanya mendudukki tangga ke 8 final,  namun harapan pingat itu masih ada pada acara 10 meter platform wanita. 

Dari segi pencapaian Pandalela dalam acara 10 meter platform wanita di kejohanan dunia, beliau pernah berjaya membawa pingat gangsa di Kejohanan Akuatik Dunia FINA yang berlangsung di Kazan, Rusia pada tahun 2015. 

Pencapaian termanis beliau dalam acara 10 meter platform wanita ialah pada awal tahun ini, apabila beliau berjaya membawa pulang pingat emas di Piala Dunia Terjun FINA di Pusat Akuatik Tokyo. 

Meskipun pada kejohanan dunia awal tahun ini atlet daripada China tidak menyertai kejohanan itu, namun kejayaan emas di peringkat dunia itu menjadi pembakar semangat buat beliau dan harapan buat rakyat Malaysia dalam misi memburu pingat emas pertama buat negara tercinta. 


Apa-apa pun jom sama-sama kita berikan sokongan buat atlet kita. Malaysia Boleh! ๐Ÿ˜Ž

#uniknyamalaysia 

Kredit gambar; 

๐Ÿ“ธ Malay mail 

๐Ÿ“ธ sebenarnya

๐Ÿ“ธ The Star 

๐Ÿ“ธ People@UTM





 

No comments:

Post a Comment

Jadikan 'kerja' tu bagai 'menyelesaikan masalah' harian

Apabila anda dah sampai tahap pengurusan, barulah sedar bahawa ketua di atas sebenarnya tidak peduli berapa banyak kerja yang anda buat, tet...

Di sini๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ