Search This Blog

Friday, 30 July 2021

Olimpik Tokyo - Beregu Lelaki ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Author: Nur Firdaus



Siapa sangka. 

Beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Sooh Wooi Yik berjaya menewaskan pasangan pilihan utama kejohanan yang juga pasangan no 1 dunia iaitu Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon dengan kemenangan straight set 21-14, 21-17.

Kejayaan ini telah membawa pasangan beregu negara layak ke peringkat separuh akhir sekaligus memberi harapan terakhir buat rakyat Malaysia dalam acara sukan badminton dalam misi memburu pingat emas pertama negara selepas pemain perseorang negara Lee Jii Zia tewas ditangan Cheng Long. 

Apa yang menarik, kejayaan ini juga merupakan kejayaan yang menamatkan "badi" pertemuan antara Aaron Chia/Sooh Wooi Yik dan Sanjaya Sukamuljo/Marcus Fernaldi Gideon selepas 7 kali pertemuan sebelum ini berpihak kepada pasangan beregu dari Indonesia itu. 

Hadir ke Olimpik sebagai pasangan yang "TIDAK TERNAMA", Aaron Chia/Sooh Wooi Yik ini mengingatkan aku kepada  Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang berjaya membuat kejutan dalam kejohanan Sukan Asia tahun 2006 di Doha, Qatar dengan menewaskan pilihan utama kejohanan Cai Yun/Fu Haifeng daripada China seterusnya membawa balik pingat emas buat skuad badminton negara.

Masatu, bagaikan sudah kena "Histeria" aku tengok rakyat Malaysia meraikkannya. Ialah, siapa sangka pasangan beregu lelaki negara itu yang baru sahaja di"pasangkan" bersama pada tahun yang sama iaitu tahun 2006  akhirnya terus mencipta kejutan sehebat ini.  Lagi-lagi kemanisan kejayaan itu juga terasa kerana  beberapa pemain pilihan badminton negara kalah di tangan lawan masing-masing.  

Kejayaan ini juga telah membuatkan nama Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong terkenal. Lebih terharu selepas kejayaan di sukan Asia, pasangan ini juga berjaya mencipta kejutan seterusnya pada tahun depannya selepas menjadi juara All England pada tahun 2007 selepas juga mengalahkan pasangan yang sama mereka jumpa di sukan Asia di final iaitu Cai Yun/Fu Haifeng. 

Dalam kejohanan Olimpik, kejutan sebegini juga bukanlah sesuatu yang asing dalam badminton negara terutama dalam acara beregu lelaki. Malah, dalam kejohanan Olimpik sendiri, pingat gangsa pertama dan pingat perak pertama negara juga hadir dari pasangan beregu lelaki negara iaitu oleh Datuk Razif Sidek/Dato' Seri Jailani Sidek (1992) dan Datuk Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock (1996) .

Bermakna, kalau ikutkan "tradisi kejutan pingat Olimpik pertama" acara beregu lelaki merupakan acara yang penuh kejutan tiba-tiba. Mana tahu, sejarah kejutan begini boleh membawa kepada kejutan emas "pertama negara tahun ini". Kita tak tahu. 

Apa-apa pun keputusan harini, sama-sama kita bagi sokongan penuh buat beregu lelaki negara. Buat rakyat Malaysia pesanan aku pada semua sama seperti kata-kata Tan Boon Heong; 

"Relax, jangan gancheong. Siap-siap sembahyang woi. Biar diorang confident ๐Ÿ˜‚ MALAYSIA BOLEH!' 

Gituw. 

#uniknyamalaysia 


Kredit gambar

๐Ÿ“ธ BWF News 

๐Ÿ“ธStadium Astro 

๐Ÿ“ธ Badminton Planet

๐Ÿ“ธ The Patriot Asia

No comments:

Post a Comment

Jadikan 'kerja' tu bagai 'menyelesaikan masalah' harian

Apabila anda dah sampai tahap pengurusan, barulah sedar bahawa ketua di atas sebenarnya tidak peduli berapa banyak kerja yang anda buat, tet...

Di sini๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ