Saturday, 4 September 2021

Pemain bolasepak yang terkenal masa kini ~ CR7, tetapi jangan lupa pemegang rekod dunia adalah Dato' Soh Chin Ann๐Ÿ‘๐Ÿผ

 

Author: Nur Firdaus 

Dengan dua jaringan Cristiano Ronaldo keatas Ireland dalam kelayakkan Piala Dunia yang lalu, akhirnya beliau menjadi Penjaring Terbanyak Antarabangsa Dunia Sepanjang zaman dengan jumlah gol sebanyak 111 gol mengatasi Ali Daei dari Iran dengan jumlah gol sebanyak 109. 


Kini, Cristiano Ronaldo sedang memburu satu lagi rekod peribadi yang sekarang ini masih dipegang oleh Dato' Soh Chin Ann iaitu Penampilan Antarabangsa Terbanyak Dunia oleh FIFA Century Club dengan jumlah cap kebangsaan sebanyak 195 berbanding Ronaldo yang baru mempunyai 180 cap. 

Eh jap, seriuslah pemain Malaysia sekarang yang pegang Penampilan Antarabangsa Terbanyak Dunia? 

Yup, serius. Beliau ialah Dato' Soh Chin Ann bukan Chin Aun tau sebab ramai yang tersilap eja namanya. Beliau juga digelar sebagai "tauke" oleh rakan sepasukannya. 

Beliau memulakan karier bola sepaknya pada tahun 1969 bersama Melaka FA pada usia 19 tahun sebelum berpindah ke Selangor FA pada tahun 1974. 

Beliau merupakan pemain termuda yang menjadi pemain kebangsaan semasa Malaysia menang keatas Korea semasa kelayakkan Olimpik 1972 di Munich iaitu pada usia 21 tahun. 

Beliau pernah menjadi kapten skuad kebangsaan pada tahun 1975 sehingga 1984. Kejayaan yang pernah dibawa beliau semasa bersama skuad kebangsaan sebagai ketua pasukan termasuklah kejayaan membawa pingat gangsa dalam Sukan Asia di Tebran pada tahun 1974. 

Antara momen yang tidak dapat dilupakan saat pusingan kelayakkan Olimpik Moscow 1980. Meskipun sudah tahu Malaysia memang tidak akan menghantar wakil ke Sukan Olimpik tersebut kerana boikot isu serangan keatas Afghanistan, namun kesungguhan skuad ini dalam memastikan mereka layak untuk ke temasya dunia itu wajar dipuji. 

Sehinggakan kisah ini diceritakan semula dalam Filem Box Office,  Ola Bola hasil pengarang Keng Guan Chiu. 

Ketika ditanya tentang rahsia kejayaan beliau dan pasukan untuk melayakkan diri ke Olimpik. Katanya: 

" apa yang paling penting ialah jika kita boleh bekerjasama untuk capai sesuatu yang kita mahu, itulah yang akan menjadi diri kita sekarang, dan itu jugalah rahsia kemenangan kami dalam kelayakkan Olimpik Moscow 1980". 



#uniknyamalaysia 

Kredit gambar;
๐Ÿ“ธ Word Bizz
๐Ÿ“ธThe Star

No comments:

Post a Comment