Saturday, 4 September 2021

Harga kawalan untuk barangan keperluan


Author: Nur Firdaus 

Selain Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 (ujian sendiri), sebenarnya ada banyak barangan-barangan lain yang juga termasuk dalam senarai barang dengan harga siling bukan selling. 


Barang-barang ini diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan berjadual di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961.


Senarai barangan tersebut disenaraikan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.


Antara barangannya ialah gula, ayam, diesel, petrol, simen, minyak masak, tepung gandum, roti dan baja. 


Ada juga barangan kawalan dilakukan kerana "kemungkinan harga barang tersebut naik mendadak". Misalnya dalam situasi pandemik begini selain isu Kit Jualan Pantas Antigen yang dijual melebihi Rm 40, tahun lalu ada isu penjualan pelitup muka dengan harga yang tidak munasabah. 


Dengan memperkenalkan harga siling, harga kawalan pelitup muka untuk sekeping telah ditetapkan selaras iaitu Rm 0.70. 


Situasi-situasi lain termasuklah semasa musim-musim perayaan misalnya Hari Raya Puasa, Deepavali, Hari Krimas, Hari Gawai dan Kaamatan. 


Jadi, apabila wujud keadaan "kawalan harga" ini secara tidak langsung penjual tidak boleh untuk menjual sesuka hati barangan atau produk mereka di Malaysia. 


#uniknyamalaysia

No comments:

Post a Comment