Monday, 9 August 2021

Pocket Rocket Man - Dato' Azizulhasni Awang



 Author๐Ÿ“: Nur Firdaus

Tahniah buat Dato' Azizulhasni Awang kerana akhirnya berjaya membawa pulang pingat perak buat skuad Olimpik negara kalini. 

Kejayaan beliau juga berjaya membaiki kejayaan edisi Olimpik lalu di Rio 2016 yang cuma mendapat pingat gangsa. 

Apa yang buat lebih menarik lagi ialah kejayaan Dato' Azizul ini merupakan kejayaan pertama buat skuad berbasikal trek memenangi pingat perak dalam sukan Olimpik sepanjang penyertaan Malaysia dalam sukan tersebut sehingga diiktiraf dalam Book of Record Malaysia. 

Kejayaan ini sedikit sebanyak akan membakar semangat pelapis-pelapis negara untuk terus menyumbang pingat Olimpik pada masa-masa akan datang. 


Selain Dato' Azizul, antara atlet yang berjaya menyumbang pingat pertama buat acara sukan yang mereka sertai ialah, 
1) Badminton 
- Gangsa - Dato' Razif Sidek dan Datuk Jailani sidek (Olimpik Barcelona 1992)  
- Perak - Datuk Cheah Soon Keat dan Yap Kim Hock (Olimpik Atlanta 1996) 

2) Terjun 
- Gangsa - Pandalela Rinong ( Olimpik London 2012) 
- Perak - Cheah Jun Hoong dan Pandalela Rinong (Olimpik Rio 2016)  

Bermakna, rekod Dato' Azizul di Olimpik sekarang menyamai rekod Pandalela Rinong iaitu 1 perak dan 1 gangsa. 

Olimpik Paris 2024 yang berbaki 3 tahun lagi, aku mengharapkan lebih banyak pingat dihasilkan bagi setiap kategori. 

Apa-apa pun all the best guys. We love you All wira-wira negara 

Btw, penat betul dato' sampai tidur pun bergambar dengan pingat perak Olimpik. Betul-betul happy nampaknya ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜



#uniknyamalaysia 

Kredit gambar,
๐Ÿ“ธ Malaysia Book of Record
๐Ÿ“ธ Azizulhasni Awang 
๐Ÿ“ธ Bernama

No comments:

Post a Comment