Sunday, 8 August 2021

Mentaliti Juara - Shah Firdaus



Author📝: Nur Firdaus 


Bukan sebab nama atlet ni sama dengan aku (firdaus), aku berani cakap beliau mentaliti juara. 

Tidak! 

Tapi, kerana kesungguhan yang ditunjukkan oleh Muhammad Shah Firdaus Baharom bangkit melakukan kejutan apabila mara ke suku akhir dalam acara keirin meskipun jatuh di pusingan kelayakkan. 

Fuh, kalau kau tengok tadi petang, serius! teruk kot kemalangan tu. Dan dikhabarkan semasa dikejarkan ke hospital, berkemungkinan Shah Firdaus mengalami rusuk patah.  

Sedih bhai. Ketakutan atlet ialah kecederaan. Tapi jika begini kesungguhan atlet yang bertanding mewakili negara, serius aku salute! 

Mungkin ramai kurang familiar dengan nama Shah Firdaus ini kerana seringkali nama yang selalu disebut-sebut bila acara berbasikal ialah Datuk AzizulHasni Awang. 

Pada 26 November nanti genap beliau mencecah umur 26 tahun. Beliau berasal dari Johor. 

Jika tahun ni genap 4 edisi Datuk Azizul menyertai Olimpik, buat Shah Firdaus pula , Olimpik Tokyo 2020 ni merupakan olimpik pertama buat dirinya. 

Sepanjang kariernya dalam acara berbasikal, antara kejayaan terbesar pernah dibawa olehnya untuk kategori acara keirin ialah

1) Emas Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia tahun 2021 mengalahkan Datuk Azizul yang hanya mendapat pingat perak ketika itu. 

2) Pingat Perak Kejohanan acara keirin dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia Ke-39 di Velodrom Antarabangsa Jakarta tahun 2019 yang juga mengalahkan Datuk Azizul ketika itu yang berada di tangga ke 5 kejohanan. 

3) Pingat gangsa acara keirin UCI Track World Cup di Los Angeles tahun 2017. 

Aku mengharapkan beliau dapat rehat dan rawatan secukupnya untuk aksi ke suku akhir. Apa pun keputusan anda nanti, kami rakyat Malaysia akan sokong. 

MALAYSIA BOLEH ! 

#uniknyamalaysia 

No comments:

Post a Comment