Saturday, 12 March 2022

Trend KAFE KUCING & Haiwan Peliharaan


Penulis : Fiza

πŸ“· Google

1. PURRADISE CAT CAFE

Terletak di tingkat atas bangunan kedai di Taman Tun Dr Ismail. Kafe mesra pelanggan ini membuatkan kita automatik manja seperti kucing dengan suasana yang penuh kasih sayang di situ. Kafe ini merupakan rumah kepada 18 ekor kucing jalanan yang dipelihara semula selepas diselamatkan. Setiap ekor dari mereka mempunyai kecomelan masing-masing.

Terdapat dua kadar tiket masuk iaitu RM18 untuk sejam atau RM48 untuk tiket masuk sehari. Anda hanya perlu memilih minuman daripada menu. Anda akan diberi taklimat mengenai kucing yang berada di situ dan habit setiap darinya supaya senang untuk didekati.

Suasana santai dan penuh kasih sayang dan kemanjaan anak-anak bulu ini membuatkan anda sedang menjalani terapi ketenangan.




Bagi yang ingin mengunjungi kafe ini, kami sertakan alamat lengkap di bawah:

Purradise Cat Cafe

Alamat: 24A (tingkat 1), Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 KL.

Masa : 2pg – 9mlm (Isnin – Jumaat), 2ptg – 10mlm (Sabtu), 11pg-7pm (Ahad)

Masuk : RM18 (1jam pertama termasuk minuman), RM48 (sehari termasuk minuman)

no Tel : 03-2389 0976


2. GOOD MEOWNING CAFE

Kafe ini diusahakan oleh seorang wanita penyayang yang bernama Nor Ariyah. Kafe ini ditubuhkan untuk mewujudkan kesedaran tentang kebajikan terhadap haiwan perliharaan dan komitmen yang perlu diberikan untuk menjaga kucing angkat. 

Kafe ini dibuka sejak 2016 lagi dan kini mempunyai 35 ekor kucing daripada 16 spesis kucing yang berbeza. Spesis yang terdapat di sini adalah unik seperti 'Muchlon, Siamese, Cornish Rex, Oriental, Abyddinian dan Sphynx Cats.'

Sphynx Cat merupakan antara spesis yang istimewa kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk berada dipangkuan anda.




Selain daripada bermesra dengan pelbagai jenis kucing, anda juga boleh membeli barang keperluan untuk si manja bulu anda di rumah kerana di sini terdapat kedai keperluan mereka, pusat kecantikan si manja dan kafe yang menyajikan hidangan lokal.

Good Meowning Cafe

Alamat : 1, Jalan suasana 2/7a, Tun Hussien Onn, 43200 Cheras, Selangor

Masa : 10pagi -9mlm (Selasa - Jumaat), 10pagi -10mlm (Sabtu – Ahad), Isnin Tutup

Tiket : RM7 setiap 30minit

No. Tel: 03-9082 2111


3. SERI TALAM Cat Cafe 

Jika anda inginkan suasana seolah tenggelam di lautan kucing, Seri Talam Cat Cafe adalah destinasi yang tepat untuk dikunjungi. Terdapat dua bahagian utama iaitu galeri si manja dan pusat jagaan kucing.


Terdapat lebih kurang 120 ekor kucing jalanan yang telah diselamatkan di sini termasuk kucing hutan jenis Norwegian. Kucing-kucing di sini juga cepat mesra dan manja. Kafe ini juga menawarkan perkhidmatan kesihatan untuk kucing dan pusat perlindungan.




Selain itu di sini anda boleh memesan aneka makanan melayu untuk dibawa pulang (take-away only) seperti mee jawa, mee sup ayam, laksa johor, murtabak, lontong, soto dan lempeng.


Seri Talam Cat Cafe

Alamat :No 1, Jalan Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai,53300 Kuala Lumpur.

Masa : 7.30pagi – 6.30petang setiap hari.

Tiket : RM10 untuk 1 jam pertama.

No Tel : 018-310 1174


4. Clawset Cafe


Seumpama bola bulu yang gebu bergumpalan berlumba-lumba bergolek menyambut kehadiran anda di kafe ini. Hiasan kafe yang berkonsepkan santai sangat sesuai untuk anda menghabiskan masa hujung minggu bersama rakan-rakan dan anak-anak bulu yang manja berbulu dan bertaring di sini.

Spesis anjing yang terdapat di sini adalah seperti Pomerian, Poodle, Pug and French Bull. Anda juga berpeluang untuk berjumpa dengan salah satu spesis kucing kayangan iaitu British Short Hair dan Duchshund.






Anda hanya perlu membeli makanan atau minuman untuk menghabiskan masa di sini. Antara hidangan yang mnjadi pilihan adalah chicken chop dan minuman moktel buahan. 


Cafe Clawset

Alamat : No 38, 1, Jalan SS 22/25, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Masa : 10pagi – 10 mlm (Isnin -  Khamis, Ahad), 10pagi – 11mlm (Jumaat & Sabtu)

Tiket : Pembelian minuman / makanan setiap orang

No Tel : 03-7733 6138


5. Coo @ RIKU LaLaport Pet Shop

Trend CAFE KUCING & Haiwan Peliharaan

Kajian menunjukkan bahawa haiwan peliharaan dapat mengurangkan tekanan dan risiko serangan anxiety. 

Kebelakangan ini, banyak Kafe Haiwan Peliharaan ini dibuka dan dilihat sebagai trend terkini. Tak kurang juga di Malaysia. 

Kafe ini bertujuan untuk memberikan sentuhan istimewa terhadap haiwan peliharaan yang terbiar, tidak bertuan atau dibuang, diambil dan dijaga rapi. 

Kucing dan anjing adalah haiwan yang menjadi perhatian pengusaha Kafe. 

Sambil bermesra bersama haiwan perliharaan, mereka boleh menikmati juadah yang menarik dan menanamkan minat dan sayangkan haiwan dalam jiwa anak-anak sejak kecil. Bonding atau jalinan ini sangat istimewa. 

Terdapat banyak Kafe di seluruh Malaysia. Namun kali ini kami highlightkan yang terkini iaitu Sebuah Kafe Kucing dan Kedai Haiwan Perliharaan terbesar di Jepun kini sudah berada di Kuala Lumpur. 

Pelbagai spesis dan baka kucing seluruh dunia ditempatkan di sini dengan Kafe yang sangat luas dan selesa. Tidak ketinggalan pelbagai jenama barangan untuk si manja anda juga ada di sini. 

Dibuka setiap hari 10pagi - 10malam. 


YouTube @Manzhang 

https://youtu.be/ghD_wQ-lDb0

Coo @ RIKU LaLaport Pet Shop

Lot L4-05&06 Level 4, Mitsui Shopping Park Lalaport Bukit Bintang City Centre. KL


πŸ‘‹πŸΌπŸ‘‹πŸΌπŸ‘‹πŸΌπŸ‘‹πŸΌ

No comments:

Post a Comment