1. Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya
Taman ini merupakan taman yang tercantik di Putrajaya. Taman ini bertemakan Inggeris, Oriental dan Eropah, tanah yang berkeluasan 117 ekar ini dibahagikan kepada tiga bukit (bahagian) yang dipanggil Bustan British, Bustan Oriental dan Bustan Eropah.
Dikelilingi oleh bukit bukau, pokok pain, pagar kayu dan bunga eksotik, landskap taman ini sangat mempesonakan dan biasanya sesuai untuk rekreasi, berkelah, mengambil gambar OOTD yang cantik dan juga sesi foto perkahwinan.
Taman ini mempunyai trek joging sepanjang 2.8km and banyak laluan berbukit untuk pelawat menjelajah. Oleh itu, pelawat mesti memakai kasut yang selesa apabila melawati taman ini.
Menurut Cyberjaya Info, taman ini mempunyai pengubahsuaian landskap. Oleh ini, pelawat mesti semak sebelum melawat ke taman ini.
Alamat : Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya Waktu Pembukaan: 7a.m. - 7p.m.Yuran masuk: Percuma

2. Taman Wetland, Presint 13, Putrajaya
Tanah lembap berkeluasan 335 ekar ini adalah tanah lembap air tawar terbesar yang dibina di Malaysia di kawasan tropika. Tanah lembap ini sebagai buah pinggang ekologi Putrajaya, ia menapis sentimen,nutrien dan bahan cemar secara semula jadi daripada dua sungai yang mengalir ke Tasik Putrajaya iaitu Sungai Chua dan Sungai Bisa.
Taman ini dibuka untuk pelbagai aktiviti alam semula jadi seperti memancing, berbasikal, berkayak, berkanu, berkhemah dan lain-lain. Malah, terdapat tempat baharu yang bernama GLOW adalah sesuai untuk glamping.
Alamat: Putrajaya Wetlands Park, Persiaran Persekutuan, Presint 13, 62000 Putrajaya Waktu Pembukaan: 7a.m. – 7p.m.
Yuran masuk: Percuma
3. Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya
Taman Warisan Pertanian ini merupakan tempat untuk pendidikan agro kepada pihak awam yang menekankan perkembangan industri pertanian Malaysia selama ini.
Taman yang berkeluasan 35 ekar ini mempunyai kebun buah-buahan, ladang getah yang berkeluasan 9 ekar, taman herba dan rempah ratus, ternakan ikan air tawar dan lain-lain. Taman ini juga mempunyai agrobazar yang dinamakan Putrajaya Agro Warisan setiap hujung minggu pada hujung bulan.
Alamat: No.7, Jalan P16, Presint 16, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya Waktu Pembukaan: 9 am – 6 pm
Yuran: RM10 for dewasa, dan RM8 for kanak-kanak
4. Taman persahabatan Malaysia - China, Presint 4, Putrajaya
Taman ini adalah taman bergaya Lignan (berasal dari Guandong dan wilayah China yang berdekatan) yang melambangkan keamanan diplomatik antara China dan Malaysia dan terletak di Anjung Floria (tempat tahunan Floria Putrajaya), Presint 4, Putrajaya.
Taman ini mempunyai seni bina dan landskap indah yang mengkagumkan. Taman ini juga sesuai untuk bergambar OOTD.
Alamat: Lebuh Sentosa, Presint 4, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya Waktu Pembukaan: 6.30a.m. – 7p.m.
Yuran masuk: Percuma
5. Taman Rimba Alam, Presint 15, Putrajaya
Tempat berkeluasan 400 ekar ini sesuai untuk aktiviti luar seperti mendaki, berbasikal dan berkhemah.Taman ini mempunyai pelbagai pokok hutan hujan tropika seperti Cengal, Meranti Merah dan buah-buahan tropika Malaysia yang jarang ditemui seperti Machang, Rukam Tampoi dan lain-lain.
Alamat: Taman Rimba Alam Presint 15, Putrajaya
Waktu Pembukaan: 9a.m. – 7p.m.
Yuran masuk: Percuma
Rujukan dari:
Cyber info , Tourism Malaysia, ppj.gov.com
Semua foto dan info adalah rujukan info, sila beritahu kami jika ia telah melanggar hak milik. Terima kasih.
Disediakan oleh:
ππΌLIKE dan JOINππΌ
Pageππ✈️π’
https://www.facebook.com/Travel-Malaysia-Airbnb-102034631272021/
Group ππ✈️π’
https://www.facebook.com/groups/550908055772699/
No comments:
Post a Comment