Saturday, 18 December 2021

Pesta Regatta Lepa

Penulis: Nur Firdaus      
Tarikh: 18/12/2021



Hari ni merupakan hari terakhir acara Regatta lepa dijalankan untuk sesi 2021. 

Buat pengetahuan semua, Regatta Lepa atau dikenali juga sebagai pesta air  merupakan acara tahunan yang diadakan oleh suku kaum bajau di Semporna pada setiap bulan April. 

Cuma menariknya edisi kalini, Pesta Regatta Lepa ini diadakan pada bulan Disember setelah  hampir setahun ketiadaan pesta ini berikutan wabak Covid 19.  

Kali terakhir diadakan Regatta Lepa ialah pada tahun 2019. 

Lepa ini berasal daripada perkataan bajau iaitu membawa maksud perahu atau bot. 

Pesta ini diadakan sebenarnya bertujuan sebagai satu bentuk simbolik bahawa masyarakat bajau pernah menggunakan lepa sebagai mata pencarian kerja atau kegunaan rutin harian. Jadi perkara ini boleh memberi gambaran kepada generasi muda corak dan cara kehidupan atuk nenek moyang mereka yang terdahulu. 

Pesta ini juga merupakan salah satu platform untuk memperkenalkan kebudayaan setempat ke tahap yang tinggi. 

Sejak 1994, acara ni diadakan pada mulanya di peringkat daerah sahaja yang kemudiannya menjadi acara tahunan di Semporna. Kemudian,  pada tahun 2003 Regatta Lepa telah dimasukkan dalam salah satu pesta wajib dalam kalendar sambutan pesta di Sabah. 

Pesta ini diadakan kebiasaannya selama 3 hari. 

Selain acara ratu cantik, acara pameran lepa merupakan acara paling ditunggu-tunggu kerana ketika itu akan ada banyak Lepa yang dihias dengan cantik. 

#uniknyamalaysia 












Kredit gambar; 
📸My Semporna
📸Regatta Lepa

No comments:

Post a Comment