Kecoh petang semalam. Kecoh bukan sebab dunia kiamat.
Tak.
Tapi kecoh sebab atlet baru berusia 14 tahun berjaya merangkul pingat emas acara 10 meter terjun individu wanita.
Kejayaan adik yang bernama Quan Hongchan ini menjadi atlet termuda edisi ini yang memenangi pingat emas olimpik setakat ini.
Perkara ni buat aku teringat akan seorang bekas atlet penerjun bernama Bryan Nickson Lomas. Meskipun Bryan tidaklah berjaya memenangi sebarang pingat dalam sukan olimpik sepanjang kariernya, namun beliau merupakan atlet termuda negara yang pernah sertai Olimpik kali pertama iaitu seawal usia 14 tahun sama seperti Quan Hongchan.
Menariknya tentang Bryan ini ialah sewaktu beliau menjadi wakil negara dalam acara terjun lelaki pada Olimpiknya kali pertama iaitu pada tahun 2004, beliau telah diberikan satu penghormatan untuk membawa Jalur Gemilang mengetuai kontingen negara dalam acara pembukaan olimpik di Athens, Greece.
Jadi kalau ada orang tanya time kau umur 14 tahun kau buat apa?
Bolehlah Bryan cakap dengan bangganya bahawa, aku jadi pembawa bendera Malaysia di Olimpik. Gituw.
Beliau juga merupakan atlet pertama negara yang berjaya masuk ke Final FINA World Championship pada tahun 2007 di Melbourne. Malah beliau juga pernah mengejutkan dunia pada penghujung kariernya apabila merangkul gangsa dalam acara 3 meter seirama dengan sahabatnya Huang Qiang dalam FINA Diving World Cup London 2012.
Pencapaian ini diteruskan lagi dengan kejayaan membawa pulang emas dalam acara yang sama iaitu 3 meter seirama dalam FINA Diving Grand Prix 2012 di Kanada (1 emas) dan USA (1 emas).
Namun, disaat nama beliau melambung tinggi dipuji ketika itu, akhirnya Bryan mengambil keputusan untuk bersara pada tahun 2013. Tindakan ini diambil selepas kematian bapanya yang tercinta pada penghujung tahun 2013. Beliau telah memilih untuk menyambung pengajian di UM dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dan bersara sepenuhnya daripada menjadi atlet terjun negara.
Sewaktu ditanya oleh Nadi Arena tentang kenapa beliau memiih untuk bersara, Bryan menjawab bahawa beliau merasakan, kegagalan membawa pulang pingat dalam 3 edisi olimpik berturut-turut membuatkan beliau ingin fokus kepada menyambung pengajian. Hal ini kerana, baginya pendidikan merupakan satu cara untuk mengembangkan pengetahuannya dan jaminan masa hadapan sekiranya beliau ingin terlibat secara langsung bidang kejurulatihan pada masa akan datang.
Bryan ada cita-cita nak buka akademi terjun sendiri, aku mengharapkan impian beliau ini boleh menjadi kenyataan.
#uniknyamalaysia
Kredit gambar;
๐ธ Team Malaysia
๐ธ Nadi Arena



No comments:
Post a Comment