Monday, 2 August 2021

Bangga dengan Nur Dhabitah


Author: Nur Firdaus

Tak mengapa Dhabitah, walaupun awak tidak berjaya bawa pulang pingat buat Malaysia, tapi terjunan awak mencuri hati rakyat Malaysia. 


Perjalanan Dhabitah jauh lagi. Baru berusia 22 tahun, beliau masih boleh sertai 3 - 4 edisi Olimpik pada masa akan datang. 


Kalau anda perhatikan kepada umur 12 finalis Olimpik 3 meter papan anjal wanita, hanya 4 orang sahaja atlet wanita acara 3 meter papan anjal yang berusia bawah 23 tahun. Selebihnya dalam lingkungan 24-33 tahun. 


Atlet muda yang berjaya melayakkan diri ke final dalam acara ini ialah Mex Vazquez Montano Aronza ( 18 tahun dari Itali), Hernandez Hailey ( 18 tahun dari USA), Heimberg Michelle ( 21 tahun dari Switzerland) dan Nur Dhabitah Sabri ( 22 tahun dari Malaysia).  


Malah atlet yang memenangi pingat untuk acara ini juga dalam linkungan umur yang sudah agak berusia dan memungkinkan mereka masuk ke Olimpik akan datang adalah tipis. 


Sebagai contoh, Shi Ting Mao dan Wang Han iaitu pemenang pingat Emas dan Perak acara ini dari China, masing-masing berusia 29 dan 30 tahun. Manakala pemenang pingat gangsa pula dari USA sudah menjejak usia 33 tahun. 


Bermakna, jika skuad terjun benar-benar boleh melatih Dhabitah untuk Olimpik akan datang, tidak mustahil kilauan pingat akan pasti menjadi milik Malaysia. 



Apa-apa pun tahniah buah Dhabitah. Its ok awak. Jangan nangis-nangis. Awak hebat. 

#uniknyamalaysia 

Kredit Gambar 

๐Ÿ“ธ Utusan Malaysia 

๐Ÿ“ธ Astro Awani

No comments:

Post a Comment