Friday, 30 July 2021

Tiada siapa yang masuk ke gelanggang untuk kalah - Datuk Lee Chong Wei

Author: Nur Firdaus


Sewaktu Datuk Lee Chong Wei membuat kenyataan ini susulan kritikan peminat terhadap kekalahan awal pemain beregu campuran dan beregu wanita, perkara ini buatkan aku teringat zaman kegemilangan Datuk Lee Chong Wei yang juga ada masam manisnya. 


Beliau adalah pemain terbaik perseorangan pernah dihasilkan negara. Setakat ini, rekod 9 tahun pemain no 1 dunia dalam Ranking BWF (tidak berturut-turut) pernah dipegang oleh beliau, belum ada pemain Malaysia berjaya pecahkan lagi. 


Meskipun dengan rekod cemerlang, beliau sendiri sedar satu-satu kejohanan utama dunia yang gagal beliau menjadi juara ialah Olimpik selepas dinafikan oleh seteru utamanya di final  iaitu Lin Dan ( 2008, 2012) dan Chen Long (2016). 


Ingat lagi setiap kali selepas kekalahan beliau di Final sehinggalah hari ini, ucapan maaf terus berkumat kamit di bibirnya. 


" Saya Minta Maaf rakyat Malaysia. Pingat Emas tak mampu saya bawa pulang". 


Bayangkan betapa kecewanya beliau. 3 kali ke final Olimpik tetapi tetap tak dapat realisasikan penamat yang diinginkan sepanjang kariernya. 


Sebab itu juga, beliau faham kehendak rakyat Malaysia yang sangat berharap badminton terus konsisten cemerlang di temasya Olimpik. Namun, perlu juga sedar, kekalahan bukan bermakna mereka tidak berusaha. 


Paling utama, teruskanlah memberi sokongan pada atlet kita. Sokongan moral. Mereka pernah bagi kita keriangan dan keseronokkan dalam sukan negara kita hingga layak ke Olimpik iaitu sebuah temasya besar dunia. Jadi, mengapa perlu cemuh mereka saat mereka gagal kalini? 


Apa-apa pun misi memburu emas negara masih ada sinar. Teruskan beri sokongan.  


#uniknyamalaysia 

#OlimpikTokyo2020 



Kredit gambar 

📸BWF 

📸Bola 

📸Pinterest


 

No comments:

Post a Comment