Friday, 30 July 2021

Kisah Badminton ๐Ÿธ

Author: Nur Firdaus Tarikh: 28/07/2021



Walaupun rakyat Malaysia terpaksa menunggu lebih sejam sebelum pertemuan di antara Lee Zii Jia dan Leverdez Brice yang berlangsung semalam, namun penantian itu tidak dibalas kekecewaan apabila aksi membanggakan ditunjukkan oleh Lee Zii Jia dengan mudah "merobek" hati peminat Perancis dengan kemenangan bergaya 21- 17, 21-5. 


Kemenangan ini secara tak langsung akan memberikan sinar harapan buat Malaysia dalam mengejar pingat emas pertama buat negara. 


Tapi, kenapa rakyat Malaysia sanggup tunggu sampai sejam pertemuan Lee Jii Zia dalam acara badminton, sedangkan acara sukan lain pula dilihat kurang jadi tumpuan dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri meskipun dilihat sukan lain juga berpotensi memperolehi pingat dalam Olimpik ? 


Hal ini berkait rapat dengan konsistensi skuad badminton dalam membawa pingat dalam acara Olimpik. 


Sejak Olimpik 2008 sehinggalah Olimpik 2016, acara badminton secara konsisten membawa pulang pingat dan paling konsisten ialah acara perseorangan yang berjaya kekal dengan pingat perak 3 edisi berturut-turut yang dibawa pulang oleh Datuk Lee Chong Wei. 


Malah sepanjang penyertaan Malaysia dalam sukan Olimpik, acara sukan badminton merupakan acara paling banyak menyumbang pingat kepada Malaysia dengan jumlah secara keseluruhan sebanyak 6 Perak dan 2 gangsa. 


Pingat pertama Gangsa dan Perak Olimpik Malaysia juga disumbangkan oleh sukan badminton . Bagi pingat gangsa, pertama kali Malaysia memperolehinya ialah dalam acara beregu lelaki  pada temasya Olimpik 1992 disumbang oleh Datuk Razif Sidek dan Dato' Seri Jailani Sidek. 


Manakala untuk pertama kali perak ialah pada tahun 1996 disumbangkan oleh Datuk Cheah Soon Kit dan pasangannya Yap Kim Hock dalam acara beregu lelaki sukan badminton.  


Sebab itu jugalah kenapa di saat acara badminton tidak menunjukkan hasil yang memberansangkan baru-baru ini, kekecewaan itu berkali-kali ganda berbanding acara sukan lain. Hal ini kerana "harapan" yang sangat tinggi diletakkan oleh rakyat Malaysia pada acara badminton selain acara ni sudah dianggap sebati dengan rakyat Malaysia itu sendiri. 


Harini, kita akan menyaksikan pertemuan buku bertemu ruas apabila Lee Zii Jia akan berhadapan dengan juara Olimpik 2016, Chen Long. 


Sudah pasti, ini akan jadi pertemuan epic dalam  acara badminton kalini. 


Apa-apapun sama-sama beri sokongan penuh pada semua atlet Malaysia. Semoga ada sinar harapan untuk membawa pulang pingat buat negara. 


#uniknyamalaysia 


Kredit gambar 

๐Ÿ“ธ Berita Harian 

๐Ÿ“ธ Liga Kampung 

๐Ÿ“ธ Discover KL

No comments:

Post a Comment